Terkini

Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Penerbangan terpaksa dibatalkan
Kredit Kennedy News and Media

Penerbangan Terpaksa Dibatalkan, Penumpang Perasan 4 Skru Pengikat Sayap ‘Hilang’

Syed Faisal Sayed Muhammad

Penerbangan Terpaksa Dibatalkan, Penumpang Perasan 4 Skru Pengikat Sayap ‘Hilang’

Penerbangan sebuah pesawat dilapor terpaksa dibatalkan beberapa detik sebelum berlepas apabila seorang penumpang menyedari ada yang tidak kena.

Menurut UNILAD, penumpang tersebut menyedari satu bahagian pada sayap pesawat itu kehilangan beberapa skru pengikat.

Phil Hardy, 41, berkata dia menyedari situasi tersebut selepas melihat bahagian sayap pesawat yang terjejas itu menerusi tingkap tempat duduk penumpang.

Ketika itu, dia sedang bersiap sedia untuk berlepas ke New York dari Manchester menaiki pesawat berkenaan.

“Taklimat keselamatan sedang diberikan dan saya perasan ada empat skru hilang pada bahagian sayap berkenaan. Saya dapat lihat semua bahagian skru yang ada kecuali empat skru yang hilang itu.

“Selepas mengambil gambar, ruang kosong pada lubang itu boleh dilihat dengan jelas,” kongsi Phil.

Prihatin dengan apa yang dilihatnya, Phil kemudian melaporkan isu itu kepada seorang pramugari yang sedang bertugas.

Selepas menerima aduan Phil, seorang jurutera telah dipanggil untuk menyiasat perkara tersebut dan melakukan pemeriksaan ke atas sayap pesawat berkenaan.

Phil mendakwa jurutera cuba memasang skru yang berlainan pada lubang skru tersebut. Bagaiamanapun, skru itu tidak sepadan dengan lubang-lubang skru berkenaan.

“Ada satu ketika, jurutera membuka salah satu skru dari lubang yang berbeza dan cuba memasukkannya ke dalam salah satu lubang yang hilang itu.

“Tetapi skru itu tidak sepadan,” kongsi Phil lagi.

Menurut Phil lagi, jurutera berkenaan memberi jaminan kepada penumpang bahawa pesawat itu tidak mengalami sebarang masalah.

Phil mengakui sedikit kecewa kerana merasakan isu berkenaan seolah-olah dipandang sebagai masalah kecil.

Penerbangan pesawat akhirnya terpaksa dibatalkan

Walau bagaimanapun, penerbangan ke Lapangan Terbang Antarabangsa John F. Kennedy akhirnya telah dibatalkan dan semua penumpang diminta untuk turun dari pesawat.

UNILAD berkata, syarikat penerbangan itu mengesahkan penerbangan pesawat berkenaan dibatalkan kerana pesawat itu perlu menjalani pemeriksaan dan penyelenggaraan.

Tujuan pemeriksaan itu dibuat sebagai langkah berjaga-jaga dan mengelak sebarang kejadian tidak diingini daripada berlaku.

“Kami tidak akan berkompromi kerana keselamatan pelanggan dan anak kapal kami sentiasa menjadi keutamaan.

“Di sini, kami menegaskan kami sentiasa memberikan yang terbaik, melebihi piawaian keselamatan yang ditetapkan oleh industri.

“Pesawat berkenaan juga sudah kembali beroperasi dan kami memohon maaf kepada para pelanggan yang berdepan kesulitan dengan isu tersebut,” kata wakil syarikat penerbangan itu.

Menurut UNILAD, panel sayap yang terjejas itu merupakan struktur sekunder yang berfungsi meningkatkan prestasi aerodinamik pesawat.

Setiap panel itu mempunyai 119 skru pengikat supaya tiada sebarang impak kepada integriti struktur atau keupayaan beban sayap dan menjadikan pesawat itu selamat untuk beroperasi.

BACA: Jangan Marah Anak Kalau Malas Ke Sekolah, Mungkin Dia Dah Kena ‘Usik’

Sumber: Unilad, USA Today, Business Insider