Siakap Keli
Gambar via Wikipedia

Virus ‘Zombie Rage’ Didakwa Mungkin Cetus Pandemik Polio Purba

Virus ‘Zombie Rage’ Didakwa Mungkin Cetus Pandemik Polio Purba

Sejenis virus purba yang dikenali sebagai virus zombie rage dipercayai mungkin telah ditemukan akibat pencairan ais di kutub yang kerap berlaku akhir-akhir ini.

Bongkah ais yang beku itu berkemungkinan mempunyai pelbagai bakteria dan mikroorganisma yang tidak dikenali.

Penemuan itu bermula pada tahun 2022 apabila Arctic Monitoring Network mula membuat pemerhatian terhadap potensi wabak yang mungkin merebak melalui generasi kehidupan secara berperingkat.

Namun apa yang mengundang kerisauan adalah apabila beberapa kumbang yang kelihatan seperti zombi dikatakan sedang menuju ke arah kawasan populasi manusia.

Kini, pakar menggesa agar orang ramai berhati-hati kerana penemuan virus di kawasan permafrost itu berkemungkinan membawa kepada wabak penyakit baharu.

Ia juga berpontensi untuk mencetuskan masalah pandemik bagi virus yang ditemui itu. Antara virus yang ditemui di Siberia dan dipantau oleh badan kesihatan, berumur kira-kira 48,000 tahun.

Sekiranya virus-virus yang ditemui itu merebak ke kawasan yang dihuni oleh manusia, ia akan menyebabkan penyakit yang sukar dilawan oleh sistem imun manusia kerana kebanyakan manusia tidak pernah menghadapi wabak itu.

Pemanasan Global Bakal Melepaskan Virus

Seorang pakar genetik iaitu Jean-Michel Claverie dari Universiti Aix-Marseille berkata, “Tidak banyak tumpuan yang diberikan terdapat wabak yang mungkin muncul dari utara dan kemudiannya merebak ke selatan, ia adalah satu kelalaian.

“Terdapat virus di situ yang berpontensi untuk menjangkiti manusia dan memulakan wabak penyakit yang baharu. Sistem imun kita tidak pernah menghadapi wabak tersebut dan ia menimbulkan kerisauan,” katanya.

Sebelum ini, Jean-Michel Clarverie telah ‘menghidupkan semula’ dua daripada virus yang dijumpai itu dengan harapan untuk memahaminya sebelum pemanasan global melepaskan virus yang terkubur itu.

Selain itu, dia juga turut menyatakan bahawa, “Risiko akan meningkat dalam konteks pemanasan global di mana pencairan permafrost akan terus meningkat, dan lebih ramai orang akan tinggal di Artik atas usaha perindustrian.

“Kita tidak tahu virus apa yang terdapat di dalam permafrost. Tetapi saya fikir terdapat risiko sebenar bahawa mungkin ada sesuatu yang mampu mencetuskan wabak penyakit polio purba. Kita perlu mengandaikan bahawa perkara seperti ini boleh berlaku,” tambahnya lagi.

Seorang lagi pakar iaitu, Tara C. Smith dari Universiti Kent State berkata bahawa, “Walaupun ia tidak mungkin berlaku, mungkin akan terdapat peningkatan dalam mikrob yang boleh mengubah tingkah laku dan membawa kepada keganasan yang menyebabkan orang ramai risaukan tentang virus zombie rage.

Sumber: Daily Star

BACA JUGA: Tanda-Tanda Orang Tak Suka Pada Anda

Nurul Alya