Siakap Keli
urban legend what country is this
Kredit: TikTok

Ini Kisah “Urban Legend” Di Sebalik Komen “What Country Is This?”

Ini Kisah “Urban Legend” Di Sebalik Komen “What Country Is This?”

Pengguna TikTok hari ini sudah tentu sedia maklum dengan komen ganjil “What country is this?” hampir di setiap video yang dimuat naik di platform tersebut.

Berbeza dengan komen-komen lain, semua pemilik akaun yang meninggalkan komen berkenaan menggunakan gambar profil yang serupa.

Gambar tersebut adalah gambar seorang lelaki berkulit putih dan mengenakan cermin mata hitam.

Bagi sebahagian pengguna, limpahan komen berkenaan sudah semestinya agak menjengkelkan.

Selain tiada manfaat dan merosakkan mood, pengguna juga sukar untuk mencari komen-komen asli yang benar-benar memberi reaksi kepada kandungan yang ditonton.

Urban legend di sebalik komen ‘What country is this?’ boleh tahan dark

Namun begitu, seorang pengguna TikTok, Dak Din (@dakdintiktok) telah menemui kisah urban legend di sebalik meme “What country is this?”.

Sebelum itu, ayuh kita fahami istilah urban legend terlebih dahulu. Menurut kamus Merriam-webster, istilah berkenaan merujuk kepada “cerita atau anekdot, selalunya berunsur seram, yang diceritakan berdasarkan khabar angin tetapi tersebar luas dan dianggap benar”.

Kembali kepada kisah meme tersebut, menurut Din, kisah urban legend itu ada kena mengena dengan seorang lelaki dari Amerika Syarikat.

Lelaki berkenaan mempunyai anak perempuan bernama Sandra yang kemudiannya menyambung pengajian di sebuah negara di Asia Tenggara pada 2019.

Sandra dikatakan seorang anak yang baik dan selalu berhubung dengan ibu bapanya  untuk berkongsi perkembangan terkini.

Namun begitu, mereka terputus hubungan dengan Sandra ketika wabak pandemik melanda dunia pada 2020.

Kehilangan Sandra membuatkan lelaki tersebut mati kutu dan terdesak untuk mengetahui status anaknya.

Kisah urban legend itu kemudian menyebut lelaki berkenaan mula meninggalkan komen “What country is this?” pada hantaran-hantaran video yang memaparkan individu berwajah Asia.

Si bapa melakukan perkara sedemikian dengan harapan agar dirinya dapat berjumpa semula dengan anak perempuannya.

Akan tetapi, usia lelaki tersebut tidak panjang dan dikatakan telah meninggal dunia pada 20 November 2022.

Walaupun lelaki tersebut sudah meninggal dunia, komen-komennya yang diberikan secara rawak sebelum ini tiba-tiba muncul dan menjadi trending semula.

Kemunculan komen itu juga seiring dengan bertambahnya profil-profil pengguna yang mungkin diwujudkan hanya untuk sekadar troll atau berjenaka.

@dakdintiktok

Siapa pakcik “What country is this?” ni? #whatcountryisthis? #whatcountry #petersutherland #meme #mamatexist

♬ original sound – Dak Din – Dak Din

BACA: Stress Tengok Komen Mengarut & Bukan-bukan, Ini Cara Nak “Filter” Komen Di TikTok

Apa pun, kisah ini hanyalah berstatus urban legend dan tidak dapat dipastikan kesahihannya. Apa kata anda?

Sumber: @dakdintiktok via TikTok

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma