Siakap Keli
Gambar via Resepi MAMA

Resipi Roti Canai “Homemade”, Tak Perlu Pergi Kedai Dah Lepas Ni

Resipi Roti Canai “Homemade”, Tak Perlu Pergi Kedai Dah Lepas Ni

Selain daripada nasi lemak yang boleh dimakan pada bila-bila masa dan menjadi makanan kegemaran rakyat Malaysia, satu lagi makanan yang juga boleh dimakan tidak mengira waktu dan merupakan kegemaran ramai adalah roti canai.

Terutama sekali, roti canai di kedai mamak. Ada yang menggemari roti canai banjir iaitu roti canai yang dibanjiri dengan kuah dhal. Ada juga yang lebih suka mencicah roti canai bersama kuah dhal atau kari daripada membanjirinya dengan kuah tersebut.

Kalau bukan dengan kuahnya, ada pula yang gemar makan roti canai dengan gula ataupun makan roti canai kosong semata. Tidak kiralah macam mana cara menikmati roti canai anda, yang penting ia merupakan salah satu daripada makanan kegemaran di Malaysia.

Tapi, kalau hari-hari anda perlu pergi kedai untuk membeli roti canai, boleh habis juga duit anda nanti. Jadi, apa kata anda cuba resipi roti canai homemade ini untuk anda buat sendiri roti canai anda di rumah?

BACA: “Rendam Dengan..”, Ni Cara Betul Panaskan Roti Canai “Frozen”

Bahan-Bahan Roti Canai

Untuk membuat roti canai ini, anda memerlukan empat cawan tepung gandum, sebiji telur, satu sudu besar gula, secawan air, setengah sudu kecil garam dan juga minyak masak yang secukupnya untuk merendam doh roti canai dan untuk menggoreng.

Cara-Cara Membuat

Mula-mula, anda campurkan tepung, gula, garam, air dan juga telur. Uli bahan-bahan tersebut sehingga ia tidak melekat. Anda boleh menggulinya selama 20 minit.

Sekiranya anda menguli doh itu menggunakan tangan, pastikan anda gunakan air panas. Untuk yang menguli menggunakan mesin pula, gunakan air sejuk.

Apabila doh siap diuli, anda bahagikan doh kepada bahagian yang kecil. Anda boleh bahagikan doh kepada 12 biji doh yang kecil. Saiznya ikut kesesuaian anda.

Seterusnya anda susun doh di dalam bekas yang diisi dengan minyak masak dan pastikan doh tenggelam dalam minyak. Biarkan ia diperap selama dua jam.

Selepas dua jam, pastikan anda mempunyai tempat untuk menebar roti canai dan juga untuk meletakkan doh anda. Anda boleh menggunakan dulang sebagai tempat untuk menebar roti canai.

Anda mula menebar dengan satu biji doh dulu. Ratakan doh tersebut di atas dulang dan biarkan dalam tiga hingga empat minit. Selepas itu barulah anda boleh mula menebar.

Tujuan anda membiarkan doh itu sebelum menebar adalah untuk memudahkan anda untuk menebar doh tersebut serta membuatkannya lebih lembut.

Kemudian, anda mula menebar doh supaya ia menjadi bentul bulat yang besar. Pastikan anda menarik doh itu dengan perlahan.

Anda juga perlu menebar doh roti canai itu sehingga ia memenuhi permukaan dulang yang digunakan. Lipatkan doh anda dari empat arah dan seterusnya anda boleh mula menggoreng roti canai anda itu.

Gorengkan roti canai sehingga garing. Selesai menggoreng anda boleh hidangkan roti canai itu untuk dimakan. Selamat mencuba!

https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=pfbid02hpy2uK1tJAH9KZgh1Xhhe12oT5319Z6saC8NkcmiU4C6s4Y1tzK8vQtc8bJaSfLFl&id=1550468821711995

Sumber: Resepi MAMA 

BACA JUGA: Wanita Beli Udara Bandung & Jakarta, Siap Buat ‘Review’

Nurul Alya

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.

error: