Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Pelancong Dari 28 Negara Boleh Kunjungi Iran Tanpa Visa

Iqbal Yasir
negara iran tanpa visa
Gambar: Bernama

Pelancong Dari 28 Negara Boleh Kunjungi Iran Tanpa Visa

TEHRAN, 31 Jan (Bernama) — Mulai 5 Februari, pelancong dari 28 negara boleh melancong ke Iran tanpa visa, menurut Timbalan Menteri Luar bagi Hal Ehwal Konsular, Parlimen dan Ekspatriat, Alireza Bigdeli.

Negara terbabit termasuk Arab Saudi, Qatar, Emiriah Arab Bersatu, Bahrain, Kuwait, Uzbekistan, Kyrgyzstan, Tunisia, Tanzania, Mauritania, Zimbabwe, Mauritius, Seychelles, Jepun, Indonesia, Singapura, Vietnam, Kemboja, Brunei, Brazil, Mexico, Peru , Croatia, Serbia, Bosnia dan Herzegovina, Belarus dan India, lapor agensi berita Mehr (MNA) memetik kenyataan Bigdeli.

BACA: Kumpul 176 Mata, Liga Malaysia Di “Ranking” Ke-87 Dunia

Warganegara India yang memasuki Iran dengan kapal terbang dikecualikan visa, namun mereka perlu mendapatkan visa jika memasuki negara itu melalui sempadan darat, katanya.

Pada Disember, Menteri Warisan Kebudayaan, Pelancongan dan Kraftangan Iran, Ezzatollah Zarghami, berkata Kabinet Iran meluluskan pembatalan visa unilateral ke atas negara tertentu.

Sumber: BERNAMA