Siakap Keli
Resipi Ayam Bakar Tomyam
Kredit: Che Sayang Kitchen via TikTok

Resipi Ayam Bakar Tomyam Memikat Selera, Senang Buat

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Resipi Ayam Bakar Tomyam Memikat Selera, Senang Buat

Lauk pauk yang berasaskan ayam merupakan hidangan yang sering menjadi pilihan dan boleh dikatakan sebagai menu wajib ada setiap kali waktu makan.

Di Malaysia, ada bermacam-macam jenis aneka masakan ayam kita boleh makan. Ayam bakar, ayam panggang, nasi ayam, ayam penyet, ayam gepuk, ayam goreng dan banyak lagi.

Walaupun terdapat banyak jenis lauk berasaskan ayam yang boleh dimasak, tetapi jika nak ulang hidangan yang sama, mesti rasa jemu kan? Kadangkala boleh jadi pening kepala memikirkan nak masak apa nanti.

Selepas ini, anda tidak perlu pening kepala lagi sebab min nak kongsikan resipi Ayam Bakar Tomyam yang tidak menggunakan banyak bahan. Jom tengok resipi yang dikongsikan oleh pengguna TikTok, Che Sayang Kitchen.

Bahan-Bahan Yang Perlu Disediakan

Bahan utama resipi ini adalah ayam bahagian peha (dipotong kecil). Kemudian, sediakan 5 ulas bawang putih, cili padi, akar daun ketumbar, 1 pek kecil pes tomyam, 1 sudu sos tiram, setengah sudu kecil kicap lemak manis dan minyak masak.

Manakala untuk sos sapuan ayam pula, anda cuma perlukan sos cili Thai, minyak serta daun ketumbar sahaja.

Cara-Cara Memasak Ayam Bakar Tomyam

Mula-mula, tumbuk bawang putih, cili padi, akar daun ketumbar menggunakan lesung batu (jangan tumbuk terlalu halus). Seterusnya, masukkan bahan yang ditumbuk tadi, pes tomyam, sos tiram, kicap lemak manis ke dalam mangkuk berisi ayam.

Gaul sehingga sebati dan masukkan sedikit minyak. Kemudian, gaul semula ayam tadi dan perap selama 15 minit.

Sementera menunggu ayam diperap, kita ke langkah seterusnya iaitu membuat sos cili Thai.

Sediakan mangkuk kecil dan masukkan 3 atau 4 sudu sos cili Thai, 2 sudu kecil minyak masak serta daun ketumbar. Gaul sehingga sebati dan sapu ke atas ayam yang diperap tadi.

Terpulang kepada anda sekiranya nak cucuk ayam dengan lidi sate seperti dalam video atau bakar ayam yang dipotong kecil. Boleh mengikut kreativiti masing-masing.

Bakar ayam tadi di dalam air fryer selama 10 minit, 200 celcius bahagian pertama, kemudian balikkan dan sambung masak 200 celcius selama 5 minit. Bagaimana jika tiada air fryer di rumah? Jangan risau, anda boleh menggunakan oven ataupun nonstick frying pan.

Apabila sudah masak, anda boleh angkat dan hidangkan bersama nasi panas atau ratah begitu saja. Rasa ayam yang pedas, masam dan manis memang dah tak pandang kiri kanan semasa makan. Selamat mencuba.

@chesayang_kitchen

Episod 309 | Resepi Ayam Bakar Tomyam Air Fryer | 2 Minit 1 Resepi by Che Sayang Kitchen Resepi Penuh – ayam bahagian peha – Bawang putih – Akar daun ketumbar – 1 pek kecil pes tomyam – 1 sudu sos tiram – 1/2 sudu kecil kicap – Minyak Resepi sos sapuan – sos cili thai – Minyak – Daun ketumbar Bakar ayam 10 minit, 200 celcius bahagian pertama, kemudian balikkan dan sambung masak 200 celcius 5 minit #resepichesayang #chesayangkitchen #susahkenakbuat #ayambakartomyamairfryer #tasteofcny2024

♬ original sound – Che Sayang Kitchen – Che Sayang Kitchen

Sumber: Che Sayang Kitchen via TikTok

Athirah

When nothing goes right, go left.