Siakap Keli
apa dibayar bil air
Gambar: Bernama

Apa Yang Dibayar Dalam Bil Air? Ini Yang Anda Perlu Tahu

Apa Yang Dibayar Dalam Bil Air? Ini Yang Anda Perlu Tahu

Seperti yang diketahui, air merupakan sumber penting dalam kehidupan manusia. Ia banyak digunakan khususnya dalam aktiviti domestik termasuklah untuk mandi, mencuci pakaian, kereta, pinggan-mangkuk dan dijadikan sebagai minuman.

Meskipun, dua per tiga daripada bumi dikelilingi air namun hanya beberapa peratus sahaja yang boleh digunakan oleh orang ramai.

Tidak dinafikan sumber ini sentiasa dikawal dan dijaga oleh badan berkuasa malah setiap kediaman perlu membayar tarif air yang digunakan seluruh isi rumah.

Namun pernahkah anda terfikir apa yang anda bayar dalam bil air tersebut? Mari ikuti perkongsian Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) di bawah ini.

Bayar Bil Air Untuk Apa?

Menurut SPAN, pembayaran bil air adalah untuk menampung kos merawat air sehingga ia diagihkan kepada pengguna mengikut standard yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Dalam pembayaran bil air, ia merangkumi empat kos termasuk 31 peratus kos kakitangan, 26 Peratus kos elektrik, 20 peratus kos penyelenggaraan dan 23 Peratus Kos Pentadbiran & Am.

Secara tidak langsung, ia memastikan kelangsungan perkhidmatan melalui tarif munasabah.

Gambar: SPAN

BACA: OPR Kekal Pada 3.0 Peratus – BNM

Mengapa Tarif Air Perlu Disemak?

Sekiranya tarif air tidak disemak, ia boleh menjejaskan perkhidmatan air sekaligus membantutkan infrastruktur sistem bekalan air. Perkara ini boleh memberi kesan terhadap tahap perkhidmatan operator dan menjejaskan kepentingan pengguna.

bayar bil air
Gambar: SPAN

Kesan Kepada Operator Air

Kesan kepada operator adalah kedudukan kewangan menjadi lemah dan pembangunan infrastruktur sistem bekalan air tergendala.

Selain itu, penyelenggaraan secara berkala tidak dapat dilaksanakan dan tahap perkhidmatan juga merosot.

Kesan Kepada Pengguna

Untuk pengetahuan anda, pengguna akan mengalami gangguan bekalan air dan aduan oleh pengguna tidak dapat diselesaikan dengan cepat.

Malah,  rutin harian pengguna juga terganggu dan perkara ini merencatkan pembangunan ekonomi.

Bagaimana Tarif Air Ditetapkan?

Menurut SPAN lagi, tarif air ditetapkan berdasarkan mekanisme penetapan tarif atau Tariff Setting Mechanism (TSM).

Dalam TSM ini, ia menerapkan lima elemen seperti Penyeragaman Struktur Tarif Air, Penyeragaman Komponen Kos Tarif, Penyeragaman Kaedah Penetapan Caj Minimum, Kekerapan Pelarasan Tarif Disemak Setiap Tahun dan Pelepasan Caj Elektrik.

bayar bil air
Gambar: SPAN

Kadar Bayaran Bil Air 

Seperti yang dimaklumkan oleh SPAN dalam satu kenyataan baru-baru ini, bermula 1 Februari 2024 berlaku kenaikan tarif air bagi pengguna domestik dan bukan domestik.

Bagi pengguna domestik, kadar yang dikenakan bagi 20 meterpadu air sebulan dicaj antara 5 hingga 27 sen sehari bersamaan RM1.60 hingga RM8.0o sebulan.

Manakala bagi pengguna bukan domestik pula 20 meterpadu air sebulan akan dicaj 1 hingga 7 sen sehari bersamaan RM0.40 hingga RM2.00 sebulan.

bayar bil air
Gambar: SPAN

Adakah Tarif Air Di Setiap Negeri Sama?

Walau bagaimanapun, tarif air yang dikenakan di setiap negeri adalah berbeza. Ini kerana keperluan perbelanjaan infrastruktur serta perbelanjaan pengoperasian di setiap negeri adalah berbeza.

Perkara ini dinilai dari aspek bilangan Loji Air Rawatan (LRA) dan aset berkaitan pembekalan air di setiap negeri, bilangan akaun pengguna, keadaan semasa aset bekalan air, panjang paip air yang diselenggara dan diganti, kepadatan penduduk, bentuk muka bumi kawasan pembekalan air dan kemajuan dan keperluan pembangunan setip negeri.

BACA JUGA: Trackless Tram Diuji Di Putrajaya, Naik Percuma 1-4 Februari Ini

Apakah Manfaat Yang Diterima oleh Rakyat?

Gambar: SPAN

Pelarasan tarif air ini memberi manfaat kepada rakyat kerana bekalan air bersih dan berkualiti penting untuk generasi akan datang.

Oleh itu, pelarasan tarif air ini mempertingkatkan tahap perkhidmatan dari segi bekalan air berterusan, perkhidmatan berkualiti dan kepuasan pengguna.

Menerusi alternatif ini, rakyat dapat menikmati air bersih dan selamat, perkhidmatan yang lebih cekap, kelestarian hidup dan kegunaan generasi akan datang.

Sumber: Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN)

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?