Terkini

Gaya hidup
Wanita Keliru Balas Pemberian Buah Limau, Jawapan Netizen Buat Ramai Tersentuh
Tip
Cara Paling Mudah, Hilangkan Batuk Berkahak Guna Bahan Semula Jadi Ni
Trivia
Bilik Panas Waktu Malam, Ini 5 Barang Wajib Ada Kurangkan Bahang
Berita
Waspada, Hujan Lebat Dijangka Landa Tiga Negeri Hingga Awal Pagi
Gaya hidup
Risau Anak Tak Tahu, Bapa Siap Tulis Nama Komponen Kereta
Berita
Pelajar Tahfiz Dibenar Pimpin Solat Tarawih Selain Imam Tempatan - Exco Johor
Tip
Ramai Tak Tahu, Ini 4 Cara Pilih Limau Lokam
Sukan
Sultan Selangor Titah Penyokong Bola Sepak Jaga Disiplin, Maruah Pasukan
Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Pergaduhan restoran
Gambar: Video Tular

Pergaduhan Dalam Restoran: Lelaki Warga Asing Disiasat Mengikut Seksyen 507A KK – Polis

Iqbal Yasir

Pergaduhan Dalam Restoran: Lelaki Warga Asing Disiasat Mengikut Seksyen 507A KK – Polis

SUNGAI BULOH, 7 Feb (Bernama) — Lelaki warga asing yang terlibat dalam pergaduhan di sebuah restoran makanan segera di Bukit Bintang, Ahad lepas, disiasat mengikut Seksyen 507A Kanun Keseksaan, kata Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Allaudeen Abdul Majid.

Beliau berkata lelaki berusia 33 tahun itu, disiasat berikutan laporan polis yang dibuat oleh pengurus restoran berkenaan, yang mendakwa lelaki tersebut telah melakukan gangguan seksual terhadap beliau.

“Polis juga telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan (merusuh) terhadap kejadian pergaduhan berkenaan, yang melibatkan empat pekerja restoran berkenaan dan lelaki warga asing itu.

“Kes itu kini sedang dalam siasatan dan warga asing berkenaan telah direman sejak hari kejadian sehingga Jumaat ini, manakala empat lelaki yang lain dibebaskan dengan jaminan polis semalam,” katanya.

Allaudeen berkata demikian dalam sidang media selepas membuat tinjauan di pusat respons asas kecemasan awal menerusi Rapid KL Safety Point (RSP) di sini, hari ini.

BACA: Dakwaan Taib Mahmud Dilarikan Tidak Benar – Ketua Polis Negara

Sementara itu, Allaudeen berkata kertas siasatan berhubung perhimpunan anjuran beberapa badan bukan kerajaan di hadapan Istana Negara pada 22 Jan lepas, telah dilengkapkan dan diserahkan kepada pejabat Peguam Negara minggu lepas.

Beliau berkata sebarang keputusan sama ada penganjur himpunan itu didakwa atau tidak, bergantung kepada penilaian pejabat Peguam Negara.

Dalam pada itu, mengulas mengenai tinjauan berkenaan Allaudeen berkata ia bertujuan untuk melihat tahap keselamatan pengguna transit aliran ringan (LRT) dan Transit Aliran Massa (MRT) di ibu kota, terutamanya ketika musim cuti dan waktu puncak.

Beliau berkata orang ramai tidak perlu risau dengan tahap keselamatan ketika menggunakan pengangkutan awam berkenaan, kerana Prasarana Malaysia Berhad sebagai operator perkhidmatan berkenaan mempunyai polis bantuan yang mencukupi, untuk memastikan pengguna selamat.

“Selain itu sejak 2022, kita juga mempunyai RSP di lapan stesen LRT dan MRT terpilih, orang ramai yang mengalami kecemasan sama ada berkaitan kesihatan atau keselamatan dan jenayah boleh terus ke RSP ini, untuk mendapatkan bantuan,” katanya.

Allaudeen berkata lapan stesen berkenaan ialah Stesen MRT Kampung Batu, Stesen LRT dan MRT Pasar Seni, Stesen LRT Masjid Jamek (Laluan Kelana Jaya dan Laluan Ampang), Stesen LRT KL Sentral, Stesen LRT KLCC dan Stesen MRT Bukit Bintang.

Sumber: BERNAMA