Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Jemaah Umrah Malaysia Meninggal Dunia Dalam Penerbangan Dubai-KL

Iqbal Yasir
jemaah umrah meninggal dunia
Gambar: Sinar Harian

Jemaah Umrah Malaysia Meninggal Dunia Dalam Penerbangan Dubai-KL

NEW DELHI, 25 Feb (Bernama) — Seorang wanita rakyat Malaysia meninggal dunia dalam penerbangan Emirates dari Dubai ke Kuala Lumpur.

Susulan kejadian itu, penerbangan terbabit melakukan pendaratan cemas di Chennai, India, pada pagi Sabtu.

Penumpang berusia 57 tahun itu dilaporkan “mengalami sakit dada dan tidak sedarkan diri” semasa penerbangan, lapor sebuah laman sesawang berita India.

BACA: “Lutut” Lawan Hingga TKO, Muslim Ahmad Menang Aksi Sulung Muay Thai

Jenazah akan dihantar pulang ke Malaysia selepas menjalani bedah siasat di Chennai.

Wanita itu dalam perjalanan pulang ke tanah air selepas menunaikan umrah.

Sumber: BERNAMA