Terkini

Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Jacob Rothschild Meninggal Dunia
Gambar: The Independent

Lord Jacob Rothschild Meninggal Dunia

Iqbal Yasir

Lord Jacob Rothschild Meninggal Dunia

LONDON — Lord Jacob Rothschild dilaporkan meninggal dunia pada usia 87 tahun, lapor The Independent.

Perkara itu dimaklumkan oleh ahli keluarga mendiang dalam satu kenyataan pada hari ini.

“Ayah kami Jacob merupakan individu yang telah memberikan sumbangan yang tinggi dalam masyarakat.

“Mendiang seorang ahli perniagaan yang cemerlang, seorang pecinta seni dan budaya, seorang penjawat awam, seorang dermawan dalam kerja amal, seorang pencinta alam sekitar dan disayangi oleh rakan-rakan, ahli keluarga termasuk bapa dan datuknya.

“Dia akan dikebumikan mengikut adat dalam satu upacara keluarga kecil. Manakala majlis memperingati mendiang akan dilakukan pada kemudian hari,” maklum kenyataan tersebut.

Sementara itu, dalam satu hantaran X (Twitter), Yayasan Rothschild dan Waddesdon Manor turut menzahirkan kesedihan di atas pemergian mendiang.

“Berita pemergian Lord Rothschild seorang ahli perniagaan, usahawan, dermawan dan pemimpin budaya sangat menyedihkan kami.

“Mendiang akan sangat dirindui oleh ahli keluarganya, rakan sekerjanya dan rakan-rakannya,” maklum hantaran tersebut.

Mendiang telah mendirikan rumah tangga bersama isterinya, Serena (meninggal pada 2019) dan mempunyai empat anak, Hannah, Beth, Emily dan Nat.

Biografi Rothschild

Dilahirkan di Berkshire, Tenggara England, Lord Rothschild mendapat pendidikan di Kolej Eton dan kemudian melanjutkan pelajaran sejarah di kolej Christ Church, Universiti Oxford.

Bidang Kewangan

Pada tahun 1963, mendiang memulakan kerjaya dalam perbankan di bank milik keluarganya. Pada 1980, Rothschild mula mengasaskan J Rothschild Assurance Group yang kini dikenali sebagai St James’s Place bersama Sir Mark Weinberg.

Bukan itu sahaja, mendiang juga mengasaskan Windmill Hill Asset Management dalam menguruskan portfolio keluarga.

Beliau pernah memegang jawatan termasuklah timbalan pengerusi di BSkyB Television dan juga pengerusi pemegang amanah di Galeri Negara.

BACA: Kenderaan Pandu Lawan Arus: Warga Emas Berusia 74 Tahun Ditahan

Selain itu, Rothschild merupakan pemegang jawatan pengerusi Saham Bursa London, RIT Capital Partners, salah satu syarikat pelaburan amanah terbesar di kota tersebut.

Bidang Kebudayaan

Sementara itu, mendiang juga aktif dalam bidang kebudayaan. Buktinya, Rothschild adalah pengerusi pemegang amanah di Galeri Nasional dan pengerusi Tabung Warisan Loteri Kebangsaan.

Selain itu, beliau juga peminat dalam karya seni dengan memiliki pelbagai potret termasuklah milik Lucian Freud dan David Hockney.

Bidang Kemanusian

Dari sisi lain, Rothschild turut terlibat dalam bidang kemanusiaan seperti menguruskan portfolio dermawan keluarga di bawah Windmill Hill Asset Management selain menjadi pengerusi pemegang amanah untuk badan amal The Rothschild Foundation.

Sumber: The Independent

BACA: Bolehkah Bakteria Dalam Badan Pengaruhi Mood Seseorang? Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu

BACA: Boleh Dapat Harga “Special”, Cikgu Sekolah Wajib Tebus Pakej Ni Sebelum Pergi Bercuti