Siakap Keli
resipi jeruk belimbing buluh
Gambar: Hayati Ti

Kecur Air Liur, Wanita Kongsi Resipi Jeruk Belimbing Buluh

Kecur Air Liur, Wanita Kongsi Resipi Jeruk Belimbing Buluh

Pasti ramai di sini peminat jeruk bukan? Makanan ini boleh dikatakan digemari oleh sebahagian besar masyarakat tidak kira lapisan masyarakat termasuklah golongan kanak-kanak.

Jeruk merupakan sejenis makanan yang diawet dan disimpan dalam tempoh yang lama. Sekiranya anda berkunjung di mana-mana kedai atau gerai, tentunya jajan ini dijual dimana-mana sahaja.

Rasanya yang masam-masam manis menjadikannya unik dan boleh dimakan bila-bila waktu sahaja.

Antara buah-buahan yang sering digunakan dalam pembuatan jeruk termasuklah buah mangga yang masih belum masak (mangga hijau), buah salak dan banyak lagi.

Kebiasaannya, buah-buah ini akan dipotong menjadi menjadi potongan kecil sebelum dijadikan jeruk.

Buah belimbing juga tidak terkecuali dalam hidangan ini. Tidak seperti belimbing besi yang berbentuk seperti lekukan pada permukaan, belimbing buluh mempunyai permukaan yang agak licin dan kesat serta panjang.

Buah ini juga boleh dijadikan sebagai jeruk lebih-lebih lagi rasanya yang masam membuatkannya mudah digemari oleh peminat jeruk.

Sehubungan itu, hari ini SK akan berkongsikan cara membuat resipi jeruk belimbing buluh yang pastinya membuatkan anda terliur. Jadi tanpa membuang masa, mari ikuti perkongsian Hayati Ti menerusi Facebook Kumpulan Cik Ani Resepi Tradisional di bawah.

Resipi Jeruk Belimbing Buluh

Bahan-bahannya;

Gambar: Hayati Ti

Buah Belimbing Buluh
Gula
Garam
Asam boi
Cili api
Limau Kasturi

BACA: Boleh Guna Berbulan-bulan, Wanita Kongsi Tip Simpan Santan Segar

Cara-cara pembuatannya

resipi jeruk belimbing buluh
Gambar: Hayati Ti

Pertama, ambil buah belimbing basuh sehingga bersih dan potong ia menjadi kepada dua bahagian.

Kedua, masukkan gula dan garam selain limau kasturi dipotong dua. Cili api dipotong kecil-kecil dan asam boi . 

Ketiga, gaul hingga semua bahan sebati. Semua bahan-bahan ni puan-puan agak-agak sahaja sendiri banyak mana nak letak. 

Keempat, masukkan jeruk tadi dalam botol dan simpan dalam peti air selama tiga hari baru boleh di makan. Cubalah sedap. Siap.

Hanya satu, dua tiga langkah ja dah siap! Semoga bermanfaat. 

Sumber: Hayati Ti Via Facebook Kumpulan Cik Ani Resepi Tradisional

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?