Siakap Keli
perlu tahu sst
Gambar: Bernama

Dari 6 Peratus Naik Ke 8 Peratus, Ini Yang Anda Perlu Tahu Tentang SST

Dari 6 Peratus Naik Ke 8 Peratus, Ini Yang Anda Perlu Tahu Tentang SST

Seperti yang diketahui, Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) telah dikuatkuasakan sejak 1 September 2018 di bawah Akta Cukai Perkhidmatan 2018 bagi menggantikan Cukai Barang dan Perkhidmatan atau Goods and Services Tax (GST).

Semasa belanjawan 2024, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Menteri Kewangan mengumumkan kadar SST dinaikkan daripada 6 peratus kepada 8 peratus dan akan mula dikuatkuasakan pada 1 Mac.

Perubahan ini dibuat selaras dengan subseksyen 10(2) ACP 2018.

Apa itu SST?

Gambar: Bernama

SST merujuk kepada Sales and Service Tax (SST) atau Cukai Jualan dan Perkhidmatan.  Di bawah SST, cukai ini terbahagi kepada dua iaitu Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan. 

Cukai jualan merujuk kepada cukai satu peringkat yang dikenakan ke atas produk yang dikeluarkan dan dihasilkan secara tempatan dan ke atas barangan bercukai yang diimport ke Malaysia. 

Manakala cukai perkhidmatan pula adalah cukai penggunaan yang dikenakan ke atas perkhidmatan bercukai yang disediakan di Malaysia oleh penyedia perkhidmatan berdaftar yang menjalankan perniagaan mereka.

BACA: Penunggang Motosikal Maut Lepas Melambung Tinggi Dirempuh Kereta Potong Kenderaan

Cukai Perkhidmatan Yang Dikecualikan

Dalam pelbagai perkhidmatan yang dikenakan cukai, terdapat tiga perkidmatan yang dikecualikan daripada perubahan ini iaitu perkhidmatan makanan dan minuman, perkhidmatan telekomunikasi dan perkhidmatan penyediaan ruang letak kenderaan.

Kadar cukai yang dikenakan ke atas ketiga-tiga perkhidmatan ini dikekalkan 6 peratus. Manakala perkhidmatan kad kredit atau kad caj tertakluk pada kadar RM25 per kad.

Sementara itu, semua perkhidmatan bercukai tertakluk pada kadar 8 peratus kecuali perkhidmatan yang disebut di atas yang kekal pada 6 peratus.

Perkhidmatan Yang Ditambah Dalam SST

cukai sst
Gambar: Bernama

Selain itu, kerajaan turut menambah beberapa perkhidmatan lain di bawah cukai ini.

Antaranya seperti perkhidmatan pusat karaoke di bawah Kumpulan C, perkhidmatan penyenggaraan atau pembaikan di bawah Kumpulan G, perkhidmatan pembrokeran dan penajajaminan untuk perkhidmatan selain kewangan di bawah Kumpulan I serta perkhidmatan logistik di bawah Kumpulan J.

Kesemua perkhidmatan ini dikenakan kadar cukai sebanyak 8 peratus dan mula berkuatkuasa pada awal bulan depan. Di samping itu, perkhidmatan bercukai diimport juga dikenakan kadar cukai yang sama.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai konsep perubahan kadar cukai, boleh layari laman sesawang Jabatan Kastam Diraja Malaysia Bahagian Cukai Dalam Negeri.

Sumber: Jabatan Kastam Diraja Malaysia

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?