Siakap Keli

Sambutan Hari HASiL Ke-28 Pada 1 Mac 2024

1 Mac 2024, Cyberjaya – Tarikh 1 Mac merupakan tarikh ulang tahun Lembaga Hasil  Dalam Negeri Malaysia (HASiL) yang dinantikan setiap tahun oleh Hasilian sejak  diperbadankan pada tahun 1996. Buat julung kalinya, Sambutan Hari HASiL ke-28  Tahun 2024 diraikan selama tiga (3) hari bermula 29 Februari 2024 sehingga 2 Mac  2024 di Perkarangan Menara HASiL Cyberjaya dan turut dimeriahkan dengan  penglibatan masyarakat setempat selari dengan pendekatan Malaysia Madani,  mensejahterakan rakyat dan mengupaya komuniti. 

Majlis perasmian sambutan Hari HASiL ke-28 telah disempurnakan oleh YAB Dato’  Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Kewangan di  Dewan Bangsawan, Menara HASiL Cyberjaya. Acara gemilang ini turut disiarkan  secara langsung menerusi platform youtube HASiL_Malaysia untuk tontonan  HASiLian seluruh Malaysia dan umum. Turut hadir, YB Senator Datuk Seri Amir  Hamzah bin Azizan, Menteri Kewangan II, YB Puan Lim Hui Ying, Timbalan Menteri  Kewangan, YBhg. Datuk Johan bin Mahmood Merican, Ketua Setiausaha  Perbendaharaan, YBhg. Datuk Dr. Abu Tariq bin Jamaluddin, Ketua Pegawai  Eksekutif HASiL, Timbalan-timbalan Ketua Pegawai Eksekutif HASiL serta Pengurusan Kanan HASiL. 

YAB Perdana Menteri dalam ucapannya menzahirkan ucapan tahniah kepada  Hasilian atas pencapaian tertinggi dalam sejarah kutipan cukai langsung berjumlah  RM183.34 bilion pada tahun 2023. Kutipan cukai langsung yang  memberangsangkan turut menjamin kedudukan kewangan negara kukuh, akan 

mengupayakan pihak kerajaan untuk menerus dan memperbanyakkan agenda  pembangunan negara menerusi pendekatan ‘Rahmah’ demi kesejahteraan rakyat.  Beliau turut merakamkan penghargaan khususnya kepada para pembayar cukai yang  telah melaksanakan tanggungjawab mereka pada tahun 2023.  

Sambutan Hari HASiL Ke-28

Sementara itu, YBhg. Datuk Dr. Abu Tariq bin Jamaluddin dalam ucapannya memberikan jaminan bahawa HASiL akan terus komited, telus dan adil dalam  melaksanakan fungsinya sebagai sebuah jentera kerajaan yang memikul amanah  dalam mentadbir cukai langsung negara. Tambahnya lagi, HASiL akan memberikan  keutamaan dalam menambahbaik dan memberikan perkhidmatan percukaian yang  terbaik selaras dengan tema Tahun 2024 iaitu “Escalate The Passion”. HASiL akan  terus ‘agile’ dengan merangka pelbagai strategi percukaian yang berimpak tinggi  merangkumi aspek operasi, pengurusan dan pematuhan bagi mendepani cabaran  ketidaktentuan dan ketidakstabilan ekonomi semasa dunia.  

Pada majlis perasmian sambutan Hari HASiL ke-28 tersebut, sebanyak TIGA (3) transformasi sistem baharu bagi capaian umum dan DUA (2) inisiatif baharu bagi  capaian dalaman HASiL telah dilancarkan bagi menambah baik tadbir urus dalam  memperkasa sistem penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan. 

Tiga (3) transformasi sistem baharu bagi capaian umum tersebut ialah:

Bil.  Sistem Baharu  Penerangan
1.  Sistem e-CKM 

(Cukai Keuntungan  Modal)

Platform yang disediakan oleh HASiL kepada pembayar  cukai untuk membuat pelaporan laba atau keuntungan  daripada pelupusan aset modal secara dalam talian bagi  saham yang tidak tersenarai syarikat yang diperbadankan  di Malaysia, atau saham syarikat terkawal diperbadankan di  luar Malaysia yang memiliki harta tanah yang terletak di  Malaysia.
2.  Profiling  

Information  

Systems (PINS)

Sistem pengumpulan maklumat luaran yang dibangunkan  bagi memudahkan pihak agensi mengemukakan maklumat  untuk disalurkan ke gudang data dan pemegang taruh  (stakeholder). PINS berkebolehan melakukan proses  validasi dan verifikasi maklumat yang dimasukkan secara  automatik.
3.  e-Sekatan  

Perjalanan

Aplikasi perkhidmatan yang disediakan kepada pembayar  cukai individu warganegara Malaysia untuk memohon  pembatalan sekatan perjalanan dengan membuat bayaran  penuh bagi kes sekatan yang dikenakan secara dalam  talian. Dengan adanya aplikasi ini, proses pelepasan  sekatan perjalanan akan menjadi lebih mudah serta pantas  kerana menggunakan platform MyTax dan ByrHASiL  sepenuhnya.

Manakala dua (2) inisiatif baharu bagi capaian dalaman HASiL ialah: 

Bil.  Inisiatif Baharu  Penerangan
1.  HASiL Tax Booklet  (HTB) 2023 Penerbitan edisi pertama yang menyusun data  percukaian bagi topik terpilih yang dilaporkan kepada  HASiL dan diterjemahkan kepada maklumat yang  informatif sebagai rujukan bagi meningkatkan  pemahaman, akauntabiliti dan ketelusan bagi polisi  percukaian yang ditadbir oleh HASiL.
2.  Behavioural  

Insights Tools:  Compliance  

Empowerment

Pendekatan baharu aktiviti pematuhan pada tahun 2024  iaitu memahami dan mempengaruhi gelagat pembayar  cukai serta majikan supaya melaporkan pendapatan  mereka secara sukarela. Kaedah ini telah diperkenal dan  dilaksanakan di negara-negara maju seperti United  Kingdom, Sweden dan Netherland.

Hari HASiL ke-28 dimeriahkan lagi dengan Hari Terbuka e-Invois yang merangkumi  taklimat, sesi bual bicara dan penerangan kepada pembayar cukai yang menjalankan  perniagaan di bawah kategori Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS)  dengan penyertaan seramai hampir 500 orang peserta. Sesi taklimat telah  disampaikan oleh YBrs. Dr. Rasyidah binti Che Rosli, Pengarah Seksyen Operasi  Dasar, HASiL dan YBrs. Encik Saiful Izwan bin Mohd Shazali, Pengarah e-Invois  Kebangsaan dan Standardisasi dari Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC).  

Program ini bertujuan membantu pemain industri seperti PMKS memahami konsep  pelaksanaan e-Invois yang akan dilaksanakan serta manfaat yang diperolehi kepada  perniagaan mereka seperti meningkatkan kecekapan penyimpanan rekod ke arah pematuhan cukai yang lebih baik, mengurangkan kos operasi perniagaan sekali gus  dapat membantu mengembangkan perniagaan sedia ada ke tahap yang lebih tinggi. 

Dalam program bual bicara “Coffee Talk” pelaksanaan e-Invois pula, menampilkan  YBhg. Datuk Hisham bin Rusli, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif HASiL  (Pengurusan), YBrs. Ts Encik Mahadhir bin Aziz, Ketua Pegawai Eksekutif, MDEC,  YBrs. Puan Rihanna Haryati binti Mohd Ramli, Pengurus Besar Kanan Jabatan  Kumpulan Cukai, Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) dan YBrs. Encik Desmond  Law, Ketua Pegawai Eksekutif SQL. 

Sebagai tanda penghargaan HASiL, sebanyak sepuluh (10) pembayar cukai daripada  kategori syarikat korporat yang mempamerkan prestasi pematuhan yang tinggi dalam  tahun 2023 telah dipilih untuk dinobatkan sebagai penerima Anugerah Pembayar  Cukai Terbaik. Pemilihan penerima anugerah ini telah dibuat berdasarkan kepada  kriteria-kriteria yang telah ditetapkan. Penerima Anugerah Pembayar Cukai Terbaik 

bagi tahun 2023 adalah seperti yang berikut:  

  1. Uniqlo (M) Sdn Bhd 
  2. Louis Vuitton (M) Sdn Bhd 
  3. Mitsubishi Motors Malaysia Sdn. Bhd 
  4. Agrobank 
  5. Time Dotcom Berhad 
  6. Celestica Electronics (M) Sdn Bhd  
  7. NXP Malaysia Sdn. Bhd 
  8. Technocom Systems Sdn. Bhd 
  9. Samsung Electronics (M) Sdn. Bhd 

10.TPM Technopark Sdn. Bhd

HASiL turut menyampaikan penghargaan kepada Rakan Strategik HASiL (RASH) yang dilantik bagi sesi 2023/2024 atas sumbangan mereka sebagai pempengaruh dalam membantu HASiL menyebar luas maklumat percukaian terkini kepada  masyarakat. Antara yang hadir memeriahkan sambutan Hari HASiL kali ini ialah: 

  1. Fedtri Yahya 
  2. Dr Azizul 
  3. Financial Faiz 
  4. Marc Sadique 
  5. Iman Abdul Rahim 
  6. Dr. Malar 
  7. Papayen 
  8. Isa Isarb 
  9. Datuk Dr Izhar 

HASiL turut mengiktiraf lima (5) orang dari Hasilian sebagai penerima Anugerah ‘Most  Outstanding Hasilian’ (MOH) bagi tahun 2023 atas kecemerlangan, profesionalisme,  integriti dan nilai versatile yang telah ditunjukkan. Senarai penerima Anugerah ‘Most  Outstanding Hasilian’ adalah seperti yang berikut: 

  1. Cik Marzuin binti Ismail, Jabatan Pengurusan Insan 
  2. Encik Redzwan bin Ahmad Amiruddin, Jabatan Khidmat Korporat  3. Encik Mohd Shukri Bin Saad, Jabatan Dasar Percukaian 
  3. Puan Nur Aida binti Jamaludin , HASiL Selangor 
  4. Encik Muhamad Firdaus bin Tukiman , HASiL WP Kuala Lumpur

Pelbagai aktiviti dan program menarik diadakan sepanjang sambutan Hari HASiL Ke 28 menanti pengunjung di tapak karnival sehingga 2 Mac 2024 seperti Festival  Makanan Malaysia-Thailand, Gerai Jualan, Kaunter Perkhidmatan Agensi Awam dan  Swasta, Kaunter e-Invois, HASiL Run 2024, Netball 3 on 3, Street Soccer 3 on 3,  Runbike Race, e-Sport Challenge, Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak, Sayembara  Puisi Kedamaian, Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat dan Podcast Bersama Rakan  Strategik HASiL. 

Untuk sebarang pertanyaan serta maklum balas, sila hubungi kami menerusi: a) Hasil Contact Centre (HCC) di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1000  (Luar Negara); 

  1. b) HASiL Live Chat; dan  
  2. c) Borang Maklum Balas di Portal Rasmi HASiL di pautan pantas https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/Public/

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa