Pemain Dram Kumpulan Thrash Metal Legenda, Miji Cromok Meninggal Dunia
Bekas pemain dram kumpulan ‘thrash metal’ terkenal Cromok, Tarmizi Mokhtar atau dikenali sebagai Miji dilapor meninggal dunia pada Rabu, jam 10.40 malam.
Berita pemergian Miji dikongsikan oleh pemain gitar kumpulan itu, Karl menerusi laman Facebooknya tengah malam tadi.
“Kami mengundang anda semua untuk turut serta dalam doa dan memberikan sokongan kepada keluarga Almarhum di masa kesedihan ini.
“Semoga Allah SWT memberikan kekuatan kepada keluarga untuk menghadapi dugaan ini dengan sabar dan redha,” katanya.
Miji Cromok meninggal dunia
Menurut Karl, jenayah Allahyarham dibawa ke kediamannya di Kampung Jias di Pasir Mas, Kelantan dan akan disembahyangkan di sana.
“Allahyarham akan dikebumikan hari ini, selepas Zohor di Tanah Perkuburan Islam Lemal,” maklum Karl lagi.
Beberapa hari lepas, Karl turut memuat naik satu kenyataan yang memaklumkan Allahyarham sedang menderita penyakit kanser hati.
BACA: Bayi Tiga Bulan Meninggal Dunia Pada Hari Pertama Di Pusat Asuhan
https://www.facebook.com/karlcromokofficial/posts/pfbid0yLSupaepKG6Xr6o8KZ3yocD6B3yMFBPoXtV2f6yfebapyjBzRGHFbyxdzxuuN4snl
BACA: Pembiayaan Sehingga RM500,000, Ini Cara Mohon Skim Jaminan Kredit Perumahan
Sumber: KARL Cromok via Facebook