Siakap Keli
Ditutup Selama 2 Tahun
Kredit: @Insan Zakir via TikTok

Paling Cantik Di Malaysia, RnR Seremban (Arah Selatan) Jadi Bualan Ramai

Paling Cantik Di Malaysia, RnR Seremban (Arah Selatan) Jadi Bualan Ramai

Kawasan Rehat dan Rawat (RnR) adalah sebuah kemudahan yang sangat penting kepada pengguna jalan raya, lebih-lebih lagi jika anda perlu menempuh perjalanan yang jauh.

Di RnR, terdapat banyak fasiliti yang disediakan antaranya seperti mesin ATM, medan selera, restoran makanan segera, surau, stesen minyak dan banyak lagi.

Dengan adanya RnR seperti di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), ramai pengguna jalan raya tidak lagi merasa bimbang untuk meneruskan perjalanan masing-masing.

RnR Seremban dibuka selama selepas renovasi, netizen iktiraf paling cantik di Malaysia

Bagi memastikan RnR terus dapat memberikan perkhidmatan baik kepada pengguna, sudah tentu kemudahan itu dinaik taraf dari semasa ke semasa, kan?

Begitu jugalah dengan RnR Seremban (Arah Selatan) yang kembali dibuka selepas ditutup untuk penyelenggaraan dan naik taraf sebelum ini.

Menerusi perkongsian seorang pengguna TikTok @Insan Zakir, keadaan terkini kemudahan berkenaan ternyata berjaya memukau mata warga maya.

Berdasarkan video berkenaan, ruang di RnR tersebut kini menampilkan reka bentuk moden berkonsepkan ‘industrial minimalist’.

BACA: Bolehkah Bakteria Dalam Badan Pengaruhi Mood Seseorang? Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu

Ruang makan luas dan dilengkapi kipas gergasi

Manakala ruang makan juga sangatlah luas serta dilengkapi dengan kipas gergasi yang dapat menyejukkan keseluruhan kawasan tersebut.

Fasiliti yang ada seperti tandas juga sangat bersih dan mesra pengguna OKU. Surau di RnR berkenaan juga dibina dengan konsep ‘terbuka’, menjadikan aliran udara bertambah baik dan meningkatkan pencahayaan semula jadi.

Kebersihan surau di situ akan lebih terjaga dan lebih wangi, sekaligus memberikan keselesaan kepada pengguna untuk menunaikan solat.

Menurut @Insan Zakir lagi, tempat duduk dengan soket untuk pengecasan juga ditambah, membolehkan pengguna mengecas peranti masing-masing dengan lebih mudah.

Walaupun banyak outlet masih belum dibuka, RnR berkenaan bakal menawarkan banyak restoran yang pastinya dapat memikat hati semua pengguna jalan yang singgah di situ.

Untuk pengetahuan anda, RnR ini juga menjadi hentian pertama berteknologi hijau di Malaysia.

Video berdurasi 1:08 minit meraih pujian orang ramai

Menjengah ke ruang komen video berkenaan, rata-rata pengguna media sosial terpukau dan tidak sabar untuk singgah di RnR tersebut kelak.

Pada masa yang sama, mereka juga berharap pengguna jalan dapat sama-sama menjaga kemudahan tersebut untuk kesejahteraan bersama.

BACA: 30 Hari 30 Resipi Bersama Khairul Aming Kembali Lagi Untuk Tahun Ke-7

@insanzakir

RnR paling cantik dekat Malaysia, cuma tulah banyak outlet belum open, nanti nak singgah lagi mana yang turun selatan tu singgah tau #rnrserembanselatan

♬ The Perfect Girl – Arabic Version – YAD Oud

Sumber: @Insan Zakir via TikTok

BACA: Sekolah Ini Bantu Murid Tercicir, Bagi Makan 4 Kali Sehari & Yuran Percuma

Athirah

When nothing goes right, go left.