Siakap Keli
dragon ball akira toriyama meninggal dunia
Gambar: AFP

Pencipta Dragon Ball, Akira Toriyama Meninggal Dunia

Pencipta Dragon Ball, Akira Toriyama Meninggal Dunia

Akira Toriyama, pencipta siri manga dan anime terkemuka dunia, Dragon Ball dilapor meninggal dunia pada usia 68 tahun, lapor AFP.

Berita pemergian mendiang itu diumumkan sendiri oleh syarikat penerbitan anime berkenaan menerusi satu hantaran di media sosial.

Menurut hantaran berkenaan, mendiang menderita acute subdural hematoma dan menghembuskan nafas terakhir pada 1 Mac lepas.

Acute subdural hematoma merupakan keadaan serius di mana darah terkumpul di antara tengkorak dan permukaan otak.

“Pemergiannya merupakan satu kehilangan besar memandangkan masih banyak karya mahu dihasilkan oleh mendiang. Malah, masih banyak kegemilangan yang boleh dicapainya di masa hadapan.

“Mendiang meninggalkan legasi besar kepada dunia ini. Dengan sokongan para peminatnya, mendiang berjaya meneruskan aktiviti seni kreatifnya selama 45 tahun.

Mangaka legenda & pencipta Dragon Ball, Akira Toriyama meninggal dunia

“Kami berharap, semua karya dan peninggalan Akira Toriyama terus dihargai dan disayangi oleh semua orang,” kata kenyataan itu lagi.

Dalam pada itu, pengebumian mendiang hanya dihadiri ahli keluarga dan saudara terdekat sahaja. Kenyataan itu juga meminta semua pihak menghormati privasi ahli keluarga mendiang dalam tempoh duka ini.

Dalam pada itu, beberapa nama besar dalam industri anime turut menyuarakan rasa sedih dengan pemergian mendiang.

Eiichiro Oda, pencipta manga One Piece dalam kenyataannya berkata, pemergian mendiang adalah ‘terlalu awal’ dan meninggalkan ‘ruang’ yang terlalu besar untuk diisi.

Syarikat penerbitan Shuiesha pula menyifatkan berita kematian mendiang sebagai sesuatu yang amat menyedihkan.

Dragon Ball, antara anime terbaik sepanjang zaman

Menurut AFP, Dragon Ball merupakan salah sebuah anime yang dianggap sebagai ‘Terbaik Sepanjang Zaman’. Siri pertama anime berkenaan diterbitkan pada tahun 1984 sebelum lebih banyak siri, filem dan video diterbitkan selepas itu.

Dragon Ball mengisahkan seorang budak lelaki bernama Son Goku yang obses dengan seni mempertahankan diri dan berusaha keras untuk menjadi lebih kuat.

Goku bersama rakan-rakan berusaha mengumpul tujuh biji bola ajaib yang dikenali sebagai Bola Naga untuk meningkatkan kuasa masing-masing dan melindungi Bumi daripada serangan kuasa jahat.

BACA: Lebih Daripada Dos Ditetapkan, Warga Emas Ambil Vaksin Covid 217 Kali

Sumber: AFP

Athirah

When nothing goes right, go left.