Siakap Keli
sonny bill williams menu sahur
Gambar: X @SonnyBWilliams

Hanya Makan Telur & Bubur, Sonny Bill Williams Kongsi Menu Ringkas Sahur

Hanya Makan Telur & Bubur, Sonny Bill Williams Kongsi Menu Ringkas Sahur

Hari ini merupakan hari pertama umat Islam di Malaysia menyambut ketibaan Ramadan. Pun begitu, beberapa negara seperti Arab Saudi telah mula berpuasa sejak semalam.

Tentunya ramai yang berkongsikan detik-detik menyambut ketibaan bulan suci ini seperti berlumba-lumba mengerjakan ibadah dan banyak lagi dalam mengimarahkannya.

Dalam masa yang sama, legenda ragbi, Sonny Bill Williams turut tidak melepaskan peluang ini dengan berkongsi menu sahur menerusi akaun X rasmi miliknya.

“Hidangan sahur saya. Sedap dan ringkas, lima telur dan bubur dengan krim di dalamnya, air minuman gelas besar beserta madu dan garam. Bismillah,” tulisnya.

Tambah bekas pemain bintang All Blacks itu, dia meluahkan kegembiraan setiap kali ketibaan Ramadan kerana dapat bersama keluarga dan mendekatkan diri dengan Yang Maha Pencipta.

BACA: “Awaklah Yang Selalu Pakai AI Muka Saya Tu?” Siti Nurhaliza Akhirnya Bertemu Abang Foodpanda

“Salah satu perkara kegemaran saya tentang Ramadan ialah sahur bersama keluarga, membangunkan anak-anak kecil, berkongsi hidangan, bercakap tentang Allah dan keberkatan dalam kehidupan, sentiasa menjadi waktu yang istimewa,” tulisnya dalam satu hantaran berbeza.

Sonny Bill Williams ‘join’ kempen #GengSubuhMacamJumaat

Sebelum ini SK melaporkan legenda ragbi itu turut dijemput dalam kempen Subuh Macam Jumaat yang mula diperkenalkan selebriti terkenal Alif Satar sejak tahun lalu.

Dalam satu poster dimuat naik di platform X oleh akaun @putrajayaMY, ia memaklumkan program tersebut mengambil tempat di Masjid Putra, Putrajaya bermula seawal jam 5 pagi.

Terdapat juga aktiviti menarik disediakan, khas kepada mereka yang hadir pada hari tersebut di mana para jemaah boleh melakukan aktiviti brisk walk selepas solat Subuh berjemaah bersama bekas bintang ragbi All Blacks itu.

Tambahnya, dia meluahkan rasa terharu apabila menerima sambutan hangat dan layanan mesra daripada rakyat Malaysia sejak tiba di negara ini

Perkara itu dikongsikannya dalam satu hantaran akaun X-nya (@SonnyBWilliams). 

“Kebaikan dan hospitaliti yang ditunjukkan rakyat Malaysia bukan sahaja mengharukan tetapi membuatkan saya merasa rendah diri.

“Alhamdulillah untuk perjalanan hidup yang penuh berkat ini,” katanya

BACA JUGA: Boleh Ke Solat Tarawih Lepas Azan Subuh? Ini Jawapan Dr Zulkifli

Sumber: X @SonnyBWilliams

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?