Siakap Keli
10 Website
Kredit: AFP

Ini 10 “Website” Paling Banyak Dilayari Rakyat Malaysia Pada Februari

Ini 10 “Website” Paling Banyak Dilayari Rakyat Malaysia Pada Februari

Penciptaan internet merupakan satu rahmat kerana dengan teknologi itu, manusia dapat berhubung dan mengakses segala maklumat dengan mudah.

Setiap hari, kita dapat berkomunikasi menerusi pelbagai aplikasi seperti Whatsapp, Facebook dan sebagainya dengan bantuan internet.

Selain itu, produk-produk tradisional seperti surat khabar bercetak juga sudah berevolusi menjadi portal berita dalam talian. Buku-buku fizikal juga kini boleh diperolehi dalam versi e-Book dengan adanya teknologi internet ini.

Agensi-agensi kerajaan dan syarikat-syarikat swasta juga mula menawarkan perkhidmatan masing-masing secara dalam talian, yang menjadi alternatif kepada perkhidmatan secara kaunter fizikal.

Baru-baru ini, syarikat pembekal data digital untuk perniagaan, Similar Web mengeluarkan senarai laman sesawang yang sering dilayari oleh rakyat Malaysia pada Februari 2024.

Mari kita ketahui dahulu apa itu laman sesawang

Sebelum kita mengulas lanjut data yang disediakan Similar Web, elok terlebih dahulu kita fahami apa yang dimaksudkan dengan laman sesawang.

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, laman sesawang adalah sebuah dokumen elektronik pada paparan skrin komputer dan biasanya mengandungi teks, grafik, imej, bunyi dan sebagainya.

Kandungan-kandungan yang dipaparkan biasanya berkaitan institusi, organisasi, persatuan, individu dan sebagainya yang boleh diakses dengan capaian internet

Menurut portal Website Rating pula, terdapat 1.13 bilion laman sesawang yang wujud ketika ini, namun begitu hanya 82% daripada jumlah tersebut yang kekal aktif.

BACA: Sekolah Ini Bantu Murid Tercicir, Bagi Makan 4 Kali Sehari & Yuran Percuma

Google berada di kedudukan yang pertama

Berbalik kepada laman sesawang paling banyak dilayari rakyat Malaysia pada Februari, Similar Web mendapati tempat pertama diungguli oleh Google.com.

Kedudukan tinggi itu boleh difahami kerana Google.com merupakan enjin carian utama dan digunakan oleh orang ramai setiap hari jika ingin mencari sesuatu maklumat di internet.

Maka tidak hairanlah Google.com juga berada di kedudukan teratas dalam senarai tersebut di peringkat global.

Menyempurnakan kedudukan tiga teratas adalah Youtube.com dan Facebook.com. Sama seperti Google.com, dua laman sesawang ini juga muncul sebagai laman web kedua dan ketiga paling popular di peringkat dunia.

Whatsapp muncul sebagai laman web keempat paling banyak dilayari pada Februari di Malaysia, diikuti Instagram, Shoppe dan Twitter (kini dikenali sebagai X).

Aplikasi perbankan, Maybank2U berada di tangga kelapan, manakala tangga kesembilan dan kesepuluh diisi oleh TikTok dan Yahoo.

BACA: Hairan, Kenapa Tak Ada Kerusi Nombor 13 & 17 Dalam Pesawat? Ini Sebabnya

BACA: 10 Gajet ‘Jatuh’ Harga Sepanjang Ramadan, Berbaloi Beli Untuk Raya

Sumber: Similar Web, Web Siterating

Athirah

When nothing goes right, go left.