Siakap Keli
Malaysia Menjadi Negara Kelima
Kredit: Bernama

Malaysia Negara Kelima Dengan Kesejahteraan Mental Terbaik Di Dunia

Malaysia Menjadi Negara Kelima Paling Bahagia Di Dunia

Malaysia muncul antara 10 buah negara dengan kesejahteraan mental terbaik seperti yang dilaporkan dalam Laporan Mental State of the World 2023.

Laporan berkenaan dikeluarkan oleh sebuah organisasi kajian neurosains bukan berasaskan keuntunga, Sapien Labs melalui projek Global Mind Project.

Menurut laporan itu, Malaysia berjaya memperoleh skor sebanyak 85 peratus untuk berada di tangga kelima.

Manakala empat negara teratas dalam carta berkenaan adalah Republik Dominica (91 peratus), Sri Lanka (89 peratus), Tanzania (88 peratus) dan Panama (85 peratus).

Lima negara lain yang melengkapkan kedudukan Top 10 terdiri daripada Nigeria, Venezuela, El Salvador, Costa Rica dan Uruguay.

Bukan itu saja, laporan tersebut turut menyenaraikan 10 negara dengan kesejahteraan mental paling corot dengan Uzbekistan berada di kedudukan paling atas.

Kedudukan Top 5 tercorot itu kemudian diikuti United Kingdom, Afrika Selatan, Brazil dan Tajiskitan. Manakala Australia, Mesir, Ireland, Iraq dan Yemen melengkapkan kedudukan 10 teratas.

Kesejahteraan mental tetap pada tahap rendah selepas pandemik

Dalam pada itu, laporan berkenaan mendapati bahawa kesejahteraan mental tetap pada tahap terendah selepas pandemik dengan tiada tanda pergerakan ke arah yang baik semasa tahap pra-pandemik.

Difahamkan, pada peringkat global dan peringkat negara individu pada tahun 2023, skor MHQ kekal kebanyakannya tidak berubah berbanding dengan tahun 2021 dan 2022, selepas penurunan drastik semasa tahun-tahun pandemik.

Laporan itu turut menyimpulkan bahawa generasi yang lebih muda, terutama yang berumur bawah 35 tahun mengalami penurunan ketara dalam kesejahteraan mental.

Perkara ini berlaku sewaktu pandemik Covid-19, namun mereka yang berumur lebih dari 65 tahun kekal stabil.

Dengan penurunan yang berterusan dalam kalangan semua kumpulan umur, pandemik telah mengakibatkan kesejahteraan mental yang lebih lemah kepada generasi yang lebih muda.

Seperti tahun-tahun sebelumnya, beberapa negara Afrika dan Amerika Latin kekal mendominasi senarai Projek Minda Global, Mental State of the World.

Manakala, negara-negara kaya dalam Core Anglosfera seperti United Kingdom dan Australia masih berada di bahagian bawah.

BACA: Hanya Perlu Imbas Kod QR Keluar Masuk Singapura, Ini Perkara Yang Perlu Pengguna Kereta Tahu

Sumber: Sapien Labs

Athirah

When nothing goes right, go left.