Siakap Keli
bank cucuk rm189 juta
Kredit: AFP

Bank Hadapi Masalah Teknikal, Pelanggan Dapat ‘Cucuk’ Duit Hingga RM189 Juta

Bank Hadapi Masalah Teknikal, Pelanggan Dapat ‘Cucuk’ Duit Hingga RM189 Juta

Hampir USD40 juta (RM189.52 juta) dilapor telah dikeluarkan dari Bank Komersial Ethiopia (CBE) selepas berlaku masalah teknikal terhadap sistem bank tersebut, pada Selasa.

BBC berkata, masalah itu berlaku ketika bank berkenaan sedang menjalankan penyelenggaraan dan naik taraf terhadap sistem banknya.

Manakala orang ramai mula membuat transaksi selepas mendapat pesanan bahawa mereka dapat mengeluarkan duit melebihi daripada jumlah simpanan di bank berkenaan.

Bank ada masalah teknikal, pelanggan dapat cucuk RM189 juta

Menurut Presiden CBE, Abe Sana, pihak bank juga mengambil masa beberapa jam untuk membekukan daripada lebih banyak transaksi berlaku.

Abe berkata, kebanyakan transaksi pengeluaran itu dibuat oleh pelajar universiti tempatan selepas berita masalah teknikal yang dihadapi bank berkenaan ditularkan melalui aplikasi permesejan.

BBC melaporkan barisan panjang pelajar sedang beratur turut dikesan di sebuah mesin ATM di barat negara itu. Pelajar-pelajar berkenaan dipercayai cuba mengeluarkan wang daripada bank tersebut sebelum polis tiba untuk menyuraikan keadaan.

Seorang pelajar di Universiti Institut Teknologi Jimma berkata, dia pada mulanya tidak percaya apabila diberitahu oleh rakannya tentang kejadian tersebut.

Dapat maklumat daripada aplikasi permeseja

Kata pelajar berkenaan, dia diberitahu bahawa wang dengan amaun yang banyak dapat dikeluarkan daripada ATM bank berkenaan. Malah, pindahan wang melalui aplikasi bank berkenaan juga boleh dilakukan.

Seorang lagi pelajar dari Universiti Dilla di selatan Ethiopia memberitahu ada rakan-rakannya mula dapat melakukan transaksi bermula tengah malam sehingga awal pagi hari kejadian.

Pelajar dari Institut Teknologi Universiti Jimma, Fakulti Teknologi Universiti Addas Ababa dan Universiti Dilla dinasihati untuk memulangkan wang kembali

Sementara itu, sekurang-kurangnya tiga buah universiti telah mengeluarkan kenyataan yang menasihatkan para pelajar mereka supaya memulangkan semula wang-wang berkenaan.

Kakitangan CBE juga dilapor berada di Universiti Dilla untuk mengutip semula wang-wang yang dipulangkan oleh pelajar universiti tersebut secara sukarela.

Dalam pada itu, Abe berkata pelajar-pelajar yang memilih untuk memulangkan semula wang-wang yang diambil secara tidak sah tidak akan didakwa atas kesalahan jenayah.

BACA: Syarikat Pengedar Stoking Tertera Kalimah Allah Naikkan Kain Rentang Mohon Maaf

Sumber: BBC

Athirah

When nothing goes right, go left.