Siakap Keli
jenama pakaian muslim malaysia

Ada Gudang Penghantaran Di UK, Jenama Pakaian Muslim Malaysia Ini Tempa Nama Di Eropah

Ada Gudang Penghantaran Di UK, Jenama Pakaian Muslim Malaysia Ini Tempa Nama Di Eropah

Nak berjaya bukan mudah, banyak ranjau dan onak duri yang perlu dilalui, lagi-lagi bila kita ada perancangan untuk ‘terbang’ lebih jauh. Namun, segalanya akan berhasil jika kita betul-betul berusaha dan tidak mengenal erti putus asa.

Bercakap mengenainya, min baru-baru ini ada tengok podcast Keluar Sekejap yang dihoskan oleh Khairy Jamaluddin (KJ) dan Shahril Hamdan serta diserikan dengan tetamu jemputan, Menteri Besar Terengganu Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri. Tetapi min bukan nak cakap pasal topik perbincangan utama, sebaliknya min tertarik pada segmen awal episod 89 tu.

 

Kalau korang perasan, ada satu jenama yang disebut oleh KJ dan Shahril iaitu jenama pakaian kecergasan rohani, AIRAZ. Bagi yang belum tahu, jenama dari Malaysia ini sebenarnya sedang melebarkan sayap ke seluruh dunia. Bahkan sekarang ni dah mula tempa nama di Eropah.

Jenama pakaian muslim Malaysia

Lebih menarik, jenama yang diasaskan sejak 2011 itu dah ada 100,000 pelanggan di seluruh dunia. Bukan itu je, AIRAZ juga ada gudang penghantaran di United Kingdom.

Jadi macam yang min cakap tadi, segalanya tak mustahil jika ada usaha yang berterusan dan berani untuk melangkah dengan impian yang besar.

Berbalik kepada podcast Keluar Sekejap, KJ dan Shahril dilihat selesa menggayakan baju AIRAZ bertemakan bendera Palestin.

AIRAZ turut mengambil langkah dengan menyalurkan sumbangan kepada Palestin. Salah satu caranya adalah melalui jualan baju t-shirt tersebut. Menurut KJ dalam podcast itu, RM10 bagi setiap baju akan disumbangkan kepada Palestin melalui United Nations Relief and Works Agency (UNRWA).

Sehingga kini, podcast yang disiarkan di YouTube itu telah mendapat 437,000 tontonan dan ada dari mereka yang tertarik dengan baju tersebut. Tidak hairan sebab AIRAZ dilengkapi kualiti kain yang premium dan dijual dengan harga yang berpatutan.

Dengan kualiti baju yang sejuk dipakai, ia turut hadir dengan teknologi DriChill yang mempunyai kelebihan dari segi cepat kering, mudah bebaskan haba, mudah regang, lembut yang selesa dan juga mudah menghindari bakteria.

Untuk pengetahuan korang, AIRAZ akan adakan Muslim Fitness Festival di Eropah pada Ogos nanti dan dijangka seramai 20,000 orang akan menghadirinya. Ini sesuai dengan hasrat jenama itu yang ingin dikenali di seluruh dunia.

Untuk maklumat lanjut dan pembelian, korang boleh klik di pautan INI.

Sofea

There's always another side to every story