Siakap Keli
Berusia 8 Tahun Beli Rumah
Kredit: Daily Mail

Budak 8 Tahun Beli Rumah RM2 Juta Guna Duit Tabungan

Budak 8 Tahun Beli Rumah RM2 Juta Guna Duit Tabungan

Bijak menguruskan perbelanjaan di usia muda, seorang kanak-kanak perempuan berusia 8 tahun berjaya menjadi pelabur hartanah termuda di Australia, lapor Daily Mail.

Ruby McLellan dan dua adik-beradiknya, Angus,14, serta Lucy,13, dilapor membeli rumah pertama mereka pada harga AUD671,000 (RM 2.08 juta), dua tahun lepas.

Harga rumah empat bilik terletak di Clyde, Victoria dilapor terus meningkat dan nilai semasa hartanah tersebut pada hari ini adalah AUD960,000 (RM 2.98 juta).

Menurut Daily Mail, adik-beradik berkenaan membayar deposit rumah berkenaan menggunakan duit simpanan sendiri sebanyak AUD6,000 (RM 18,660) yang dikumpul dan diperolehi setiap kali membantu ibu bapa mereka.

Bagaimanapun kos tambahan lain yang perlu disediakan untuk membeli rumah berkenaan dilapor ditanggung oleh ibu bapa Ruby.

Sementara itu, Ruby sebenarnya beruntung kerana ayahnya, Cam McLellan, 50, adalah seorang Ketua Pegawai Eksekutif di sebuah syarikat pelaburan hartanah terkenal Australia.

Sejak kecil lagi, dia dan adik-beradik yang lain sudah pun didedahkan dengan pelbagai ilmu pelaburan yang dapat membantu mereka membuat keputusan yang tepat.

Buat masa ini, Ruby dan adik-beradiknya yang lain sedang merancang untuk membeli sebuah lagi hartanah menggunakan keuntungan daripada pelaburan semasa sebagai pelaburan masa hadapan.

Difahamkan, semua hartanah yang dibeli itu diletakkan di bawah nama Ruby dan adik-beradiknya.

Diajar tentang asas pelaburan dari kecil oleh bapa mereka

Dalam pada itu, Cam berkata, rasional disebalik dia melibatkan anak-anaknya dalam dunia pelaburan adalah untuk memastikan mereka bermula seawal yang mungkin.

“Dalam masa sepuluh tahun akan datang, apabila anak-anak kita sudah bersedia hendak membeli rumah sendiri, mereka mungkin perlu menyediakan deposit sebanyak AUD200,000.

“Tanpa bantuan daripada ibu bapa mereka, mustahil mereka mampu menyediakan deposit sebanyak itu.

“Kami memiliki empat orang anak, jadi anggaran deposit yang kami perlu sediakan ketika itu adalah AUD800,000. Jadi, apa yang perlu kita buat adalah dengan membeli hartanah sekarang ketika depositnya masih rendah.

“Kemudian, biar nilai hartanah itu meningkat berkali ganda dan jual semula,” kata Cam.

Kredit: Daily Mail

Tambahnya, mereka merancang untuk menyimpan hartanah berkenaan sehingga Ruby mencapai usia awal 20 tahun, sambil menanti pertumbuhan hartanah itu mencapai kitaran penuh dan mencapai nilai AUD1 juta.

Selepas itu, mereka akan menjual rumah berkenaan dan keuntungan akan dibahagikan sama rata antara Ruby dan adik-beradiknya.

“Berdasarkan pengalaman, nilai hartanah akan berganda setiap tujuh hingga 10 tahun. Saya sudah melabur selama 30 tahun dan hari ini adalah masa yang sesuai untuk melabur berdasarkan penurunan inflasi dan ramalan penurunan kadar faedah,” katanya.

BACA: Baca Dari “Kulit Ke Kulit”, Will Smith Dedah Telah Baca Al-Quran Sepanjang Ramadan

Sumber: Daily Mail

Athirah

When nothing goes right, go left.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.