Siakap Keli

Tular Isu Wang KWSP Akan Disalurkan Kepada AmanahRaya Jika Penama Tunggal Meninggal Dunia, Ini Penjelasan Sebenar

Tular Isu Wang KWSP Akan Disalurkan Kepada AmanahRaya Jika Penama Tunggal Meninggal Dunia, Ini Penjelasan Sebenar

Baru-baru ini tular di media sosial terutamanya aplikasi Whatsapp mengenai satu mesej yang membawa kenyataan kononnya mengenai “Peraturan Baru EPF”. Mesej itu menyatakan bahawa jika ahli menamakan 1 penama atau dua penama, namun jika penama tunggal tersebut meninggal dunia terdahulu, maka keseluruhan penamaan tersebut akan terbatal dan secara automatik, KWSP akan salurkan wang pembayaran tersebut kepada AmanahRaya.

Mesej berkenaan yang telah dikongsikan banyak kali itu telah menjadi perhatian dan topik perbualan hangat dalam kalangan rakyat Malaysia terutamanya ahli AmanahRaya dan juga KWSP. Walau bagaimanapun, mesej tular tersebut telahpun disahkan sebagai maklumat palsu oleh AmanahRaya dan juga Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Menurut AmanahRaya, kesahihan kandungan mesej yang tular tersebut adalah sama sekali TIDAK BENAR dan juga MENGELIRUKAN MASYARAKAT.

Menurut AmanahRaya, mereka pada setiap masa boleh dilantik sebagai Pentadbir atau Pemegang Amanah oleh institusi-intitusi berikut:

  1. Mahkamah
  2. Pejabat Pusaka Kecil
  3. AmanaRaya sendiri dibawah Akta Perbadanan Amanah Raya 1995.

Tegas mereka, semua harta pusaka yang ditadbir oleh AmanahRaya hanya akan dibahagikan kepada waris-waris yang sah mengikut peruntukan undang-undang yang terpakai.

AmanahRaya
Kenyataan Rasmi AmanahRaya

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa perkara yang membolehkan wang caruman ahli KWSP disalurkan kepada AmanahRaya. Perkara sedemikian berlaku sekiranya:

  1. AmanahRaya telah dilantik sebagai Pentadbir kepada harta pusaka ahli KWSP yang telah meninggal dunia,
  2. AmanahRaya dilantik sebagai Pemegang Amanah bagi bahagian waris-waris ahli KWSP yang di bawah umur,
  3. AmanahRaya dilantik sebagai Pemegang Amanah bagi bahagian orang kelainan upaya kerana mereka tidak mempunyai kapasiti dari segi undang-undang untuk menerima, menguruskan dan/atau memegang wang simpanan KWSP tersebut.

Dalam pada itu, KWSP juga menafikan kandungan mesej yang tular tersebut dan menegaskan ianya adalah tidak benar. Mereka juga menjelaskan bahawa sekiranya penama meninggal dunia, hanya bahagian penama tersebut sahaja akan terbatal.

Tambah mereka lagi, simpanan yang tidak dituntut sehingga simati mencapai umur 100 tahun, simpanan tersebut akan dipindahkan ke Pendaftar Wang Tidak Dituntut.

Dalam pada itu, mesej ini juga dikatakan telah tular sejak 2016 lagi dan kini kembali tular dan telah mengelirukan pelbagai pihak.

Pihak AmanahRaya juga membuka ruang kepada orang ramai yang mahu mendapatkan maklumat lanjut berkaitan isu ini atau berkaitan perkhidmatan AmanahRaya dengan menghubungi mereka di saluran 03 2723 7273 atau 03 2055 7557 dan juga melalui emel kepada [email protected].

Bagi mendapatkan pelbagai kemas kini dan juga info terkini daripada AmanahRaya, anda juga boleh melayari laman Facebook AmanahRaya

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa