Siakap Keli
Meth Killer Trailer Sheriff
Gambar: Astro Shaw & Sinar Harian

Trailer Filem Sheriff: Ada “Plot Twist”, Syafiq Yusof Jawab Kenapa Dedah Identiti Meth Killer

Trailer Filem Sheriff: Ada “Plot Twist”, Syafiq Yusof Jawab Kenapa Dedah Identiti Meth Killer

Pengarah Filem Sheriff: Narko Integriti, Syafiq Yusof memberikan penjelasan mengapa identiti watak antagonis, Meth Killer didedahkan dalam trailer filem itu.

Ia selepas menimbulkan tanda tanya dan kemarahan oleh ramai peminat dengan pendedahan tersebut yang dianggap menghilangkan keterujaan untuk menonton.

Syafiq dalam satu perkongsian di platform X berkata, dia sudah menjangkakan perkara itu akan berlaku selain mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang telah menonton trailer filem tersebut.

Terima kasih kepada semua yang sudah menonton trailer filem #Sheriff . Saya memang dah jangka, ramai akan marah kenapa saya reveal identiti Meth Killer awal-awal lagi dalam trailer.

“Kenapa keseluruhan plot sudah terpampang di dalam trailer? Kelihatan sebegitu tetapi sebenarnya tidak.,” katanya.

Gambar: Astro Shaw

Menurutnya, filem terbaharunya ini tidak menggunakan konsep “Whodunnit” yang selalu kita tonton dalam filem genre misteri.

Sebaliknya, filem Sheriff berkonsepkan “Reverse Whodunnit” atau lebih dikenali sebagai “Howcatchem” di mana penonton sudah tahu siapa pembunuh, tetapi bagaimana dia akan ditangkap?

BACA: Keadaan Padang SNBJ Belum Berada Pada Tahap Terbaik

Tambah Syafiq, ini merupakan kali pertama dia menerapkan konsep itu dalam pembikinan filemnya.

“Satu konsep baru yang saya cuba bereksperimen. Jangan lupa tonton filem Sheriff : Narko Integriti di pawagam 18 April 2024,” katanya di platform tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, sebahagian pengguna laman itu sempat memgajukan pertanyaan dan meneka individu sebenarnya yang melakonkan watak Meth Killer.

“Elizabeth Tan sebenarnya Meth killer kan?” tanya seorang pengguna.

“Tidak, Meth Killer adalah Inspektor Nazri yang dilakonkan oleh Syafiq Kyle. Dia memegang watak sebagai seorang polis yang membunuh polis,” jawab Syafiq.

Untuk makluman, filem ini dibarisi oleh pelakon-pelakon bintang seperti Zul Ariffin, Syafiq Kyle, Aaron Aziz, Elizabeth Tan dan Azira Shafinaz. Sheriff : Narko Integriti bakal ditayangkan di panggung bermula 18 April ini.

Sheriff : Narko Integriti

Gambar: Astro Shaw

Filem ini menceritakan kisah individu bernama Sheriff, seorang pegawai polis dari Jabatan Integriti yang berdedikasi dan berwawasan. Dia berpasangan dengan Nazri, seorang pegawai polis muda dan idealistik dari Jabatan Narkotik.

Mereka telah ditugaskan di bawah satu jabatan untuk menumpaskan sindiket dadah yang diketuai oleh Tony yang kejam. Namun, sindiket ini sering terlepas daripada cengkaman undang-undang apabila melalui proses penghakiman.

Konflik timbul apabila mereka terlibat dalam pengedaran methamphetamine ini ramai yang mati di tangan pembunuh Meth Killer.

Sumber: X @Syafiq Yusof

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?