Siakap Keli
Pemain Remaja Meninggal Dunia
Kredit: @AfricaFutbolera via X

Pemain Bola Remaja Algeria Meninggal Dunia, Terkena Tendangan Di Perut

Pemain Bola Remaja Algeria Meninggal Dunia, Terkena Tendangan Di Perut

Seorang pemain bola sepak remaja maut selepas terkena tendangan di bahagian perut dalam satu perlawanan bola sepak di Algeria, lapor The Sun.

Wassim Jazzar, 17, yang beraksi dalam liga amatur terkena tendangan kuat itu ketika bertembung dengan pemain pertahanan lawan yang mahu mengeluarkan bola.

Memetik laporan The Sun, kejadian berlaku ketika mangsa cuba mengawal bola dengan menggunakan kepala sebelum terkena tendangan lawan dan rebah di atas padang.

Susulan itu, permainan segera dihentikan dan pemain-pemain dari kedua-dua pasukan dirakam segera mengerumuninya untuk memberi bantuan.

Menurut berita tempatan, tiada ambulans atau doktor disediakan untuk aksi berkenaan menyebabkan mangsa terpaksa dikejarkan ke hospital menggunakan kereta orang awam.

Bagaimanapun, Wassim disahkan meninggal dunia dengan tendangan kuat itu dipercayai sebagai punca kematian.

Wassim, pemain bola sepak remaja Algeria meninggal dunia terkenan tendangan di perut

Sebuah portal berita sukan, Mundo Deportivo pula mendakwa mangsa meninggal dunia serta-merta selepas terkena tendangan tersebut.

Terdahulu, seorang pemain bola sepak Colombia, Guillermo Beltran turut dilapor meninggal dunia selepas rebah dalam sesi latihan yang diadakan bersama kelabnya.

Sebelum kejadian, penyerang Real Santa Cruz itu sempat mengadu merasa pening-pening dan loya sebelum rebah.

Melihat kejadian itu, staf kejurulatihan kemudian segera memberikan bantuan awal sebelum memanggil ambulans selepas usaha untuk menyedarkan Guillermo tidak berjaya.

Bagaimanapun, dia dilapor meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.

Real Santa Cruz dalam satu kenyataan berkata, mangsa berlatih seperti biasa sebelum kejadian itu berlaku.

BACA: Stoking Tertera Kalimah Allah: Pengasas KK Mart, Isteri & Syarikat Pembekal Didakwa Hari Ini

Sumber: The Sun

Athirah

When nothing goes right, go left.