Siakap Keli
minyak cepat habis

Lelaki Ini Tak Setuju Dakwaan Minyak Buatan Malaysia Cepat Habis

Lelaki Ini Tak Setuju Dakwaan Minyak Buatan Malaysia Cepat Habis

Antara perkara utama kita akan pilih untuk beli kereta mestilah kereta yang jimat minyak kan? Dalam ekonomi yang mencabar ni banyak benda kita kena berjimat. Kereta dah jimat minyak, mesti nak pilih jenama minyak yang terbaik. 

 

Ada jenis orang yang setia dengan satu jenama minyak je dan ada juga yang tak kisah isi kat mana-mana stesen minyak asalkan kereta bergerak. Tapi baru-baru ni aku perasan boleh kata tiap-tiap bulan mesti ada yang kata minyak buatan Malaysia ni cepat habis berbanding jenama lain. Betul ke?

 

Hari ini, aku nak kongsi sikit pengalaman aku sepanjang setahun lebih ni. Aku pakai kereta Perodua je dan sepanjang setahun lebih tu kebanyakkannya memang akan isi minyak tempatan. Kalau ada yang dakwa minyak tempatan buatan Malaysia  ni cepat habis aku tak setuju 100%.

 

Ada sebab kenapa aku tak setuju. Sebab setiap hujung minggu aku akan balik kampung lebih kurang 90km dan akan isi minyak penuh sebelum gerak. Sampai je kampung minyak aku masih lagi penuh dan akan turun setakuk kalau aku dah pandu lebih kurang 130km++.  Ini kalau ikut pemanduan aku la.. kalau korang yg bawak macam F1 driver memang tak dapat la. Banyak lagi faktor yg boleh mempengaruhi fuel consumption – cuaca la, pasang aircon 1 atau 5, jam ke tak jam, minyak hitam, umur kerete/enjin dan macam2 lagi!

 

Aku nak cerita secara ilmiah pasal fuel consumption ni memang aku tak pandai. Kita pengguna biasa ni tengok meter minyak je la reti pun, lainlah saintis yang buat lab test. Kalau dari segi power pulak, aku boleh katakan setiap kali memecut tu takda masalah dan lancar je sepanjang perjalanan. Belum pernah lagi enjin semput ke apa.

 

Teknologi minyak dorang pun dah makin baik sekarang. Kurang geseran kat enjin dan kau pandu tu akan jadi lagi responsif. Aku selalu isi minyak RON95 je la. Pakai Perodua je mana mahunya nak isi 97 yob.

 

Jadi tulah serba sedikit pengalaman aku isi minyak jenama negara kita sepanjang setahun lebih aku beli kereta. Dakwan minyak cepat habis ni boleh disangkal la. Mungkin ikut cara kita memandu jugak. Syarikat minyak negara kita pun bukan setahun jagung develop minyak petrol untuk pengguna awam macam kita ni.

 

Lagi satu, syarikat minyak negara kita ni yang dah banyak beri sumbangan dan kebanggaan untuk negara. Siapa lagi nak sokong produk dia kalau bukan kita kan?

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)