Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Ramalan Awal MetMalaysia: Keadaan Hujan Lebat Dijangka Berlaku Menjelang Aidilfitri
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) menjangkakan kemungkinan hujan lebat dan ribut petir akan berlaku di beberapa kawasan di Malaysia menjelang Aidifitri nanti.
Menurut Astro Awani, ia selepas tarikh 1 Syawal bakal tiba ketika negara berada pada fasa peralihan monsun.
Pengarah Pusat Operasi Cuaca dan Geofizik Nasional Jabatan Meteorologi Malaysia, Maqrun Fadzli Mohd Fahmi berkata, beberapa begeri yang dijangka terlibat dengan keadaan itu adalah di pantai timur, Sabah dan Sarawak.
βDi sebelah petang, ada aktiviti hujan dan ribut petir di kebanyakan tempat di Sarawak dan pedalaman semenanjung. Itu antara kawasan yang kita jangka mengalami hujan,β katanya seperti dilaporkan Astro Awani.
Namun begitu, beliau menggalakkan rakyat Malaysia untuk menyemak ramalan cuaca di kawasan masing-masing ketika Aidilfitri bagi memudahkan perancangan ziarah-menziarahi masing-masing.
Untuk sebarang maklumat lanjut berkaitan ramalan cuaca, orang ramai dinasihatkan untuk merujuk kepada ramalan dari masa ke masa menerusi laman web www.met.gov.my dan media sosial rasmi METMalaysia.
Orang ramai juga boleh memuat turun aplikasi myCuaca bagi mendapatkan maklumat sahih berkaitan keadaan cuaca terkini di satu-satu lokasi di Malaysia.
BACA: Penghibur Legenda, Jaafar Onn Meninggal Dunia
Sumber: Astro Awani, Jabatan Meteorologi Malaysia