Siakap Keli
Pekerja Terkilan Lambat
Kredit: AFP

Abang Kurier Terkilan Tak Sempat Hantar Baju Raya, Penerima Meninggal Dunia

Abang Kurier Terkilan Tak Sempat Hantar Baju Raya, Penerima Meninggal Dunia

Umat Islam seluruh dunia sudah tentu akan menyambut Aidilfitri dengan penuh kegembiraan dan kesyukuran sebagai tanda meraikan kemenangan.

Perayaan yang disambut merupkan tanda kejayaan mengharungi pelbagai ujian dan cabaran untuk melaksanakan ibadah puasa wajib selama sebulan sepanjang Ramadan.

Dalam kegembiraan kita menyambut lebaran kali ini, sebenarnya ada juga keluarga yang berduka kerana kehilangan orang yang tersayang.

Sejak kebelakangan ini, kita sering kali dikejutkan dengan pelbagai berita kematian yang tidak kita sangka-sangkakan.

Kehilangan insan yang paling kita sayang tentunya meninggalkan kesan yang mendalam. Apatah lagi pemergian tersebut berlaku dalam sekelip mata sebelum Aidilfitri.

Penerima meninggal dunia sebelum merasmikan baju raya dari anak

Seorang pengguna X yang dikenali sebagai (@aniqazfaradnan) yang merupakan seorang penghantar barang atau kurier berkongsi pengalaman duka menghantar bungkusan ke Perlis.

Menurut @aniqazfaradnan, dia merasa terkilan apabila penerima bungkusan berkenaan telah menghembuskan nafas terakhir beberapa jam sebelum dia sempat menghantar barang tersebut.

Katanya lagi, bungkusan bersifat kejutan berkenaan dikirim oleh anaknya dari Pulau Pinang, namun tidak sempat diterima oleh Allahyarham.

“Semasa aku hantar bungkusan, isteri arwah yang menerima barangan ketika dihulur berkata, pak cik sudah tiada. Tidak sempat arwah melihat baju raya yang dibeli anak,” kata @aniqazfaradnan.

Berasa sedih dengan perkara tersebut, @aniqazfaradnan kemudian menghubungi si anak untuk memaklumkan tentang bungkusan tersebut.

Namun panggilan tersebut disambut dengan tangisan hiba si anak yang sedang dalam perjalanan pulang ke kampung.

Pemergian pakcik dirasai walaupun tidak pernah kenal

@aniqazfaradnan mengakui turut merasa terkejut dengan apa yang berlaku sehingga terpaksa berhenti seketika di tepi jalan untuk menenangkan diri.

“Selepas solat tarawih pada malam itu, aku melewati sekali lagi di depan rumah arwah dan ternampak sekujur tubuh selamat dimasukkan ke dalam van jenazah.

“Semoga ditempatkan dikalangan orang beriman. Amin,” ujar pemuda terbabit.

Menurut @aniqazfaradnan, walaupun tidak mengenali arwah secara peribadi namun dia turut merasai kehilangan tersebut.

BACA: Penduduk Sepakat, Viral Satu Kampung Sibuti Meriah Dengan Lampu ‘Lip-lap’ Raya

Sumber: @aniqazfaradnan via X

Athirah

When nothing goes right, go left.