Siakap Keli
park bo ram meninggal
Gambar Via Soompi

Penyanyi Korea Selatan, Park Bo Ram Meninggal Dunia

Penyanyi Korea Selatan, Park Bo Ram Meninggal Dunia

Penyanyi terkenal dari Korea Selatan, Park Bo Ram dilaporkan meninggal dunia pada usia 30 tahun.

Memetik laporan Soompi, berita duka itu disahkan oleh pihak agensi mendiang, XANADU Entertainment hari ini.

Difahamkan, Bo Ram meninggal dunia pada 11 April.

BACA: Pelakon & Model Korea Selatan, Jung Chae Yul Meninggal Dunia

“Betul, Park Bo Ram meninggal dunia pada 11 April tetapi punca kematian masih lagi disiasat oleh pihak polis,” kata agensi itu.

Untuk rekod, Park Bo Ram memulakan karier nyanyiannya selepas menyertai rancangan Superstar K2 pada tahun 2010.

Lagu pertama yang membawa namanya terus memuncak dalam industri hiburan Korea Selatan adalah Beautiful yang dikeluarkan pada tahun 2014.

Mendiang juga sebenarnya sedang membuat persediaan untuk melakukan comeback bagi meraikan ulang tahun ke-10 sebagai penyanyi.

BACA JUGA: Pelakon Korea Selatan, Na Chul Dilapor Meninggal Dunia 

Sumber: Soompi

Sofea

There's always another side to every story