Siakap Keli
trick ikat lauk
Kredit: TikTok

Macam Beli Di Kedai, Rupa-rupanya Ni “Trick” Senang Ikat Plastik Lauk

Macam Beli Di Kedai, Rupa-rupanya Ni “Trick” Senang Ikat Plastik Lauk

Pada ketika ini, kebanyakan orang kita akan mengadakan sesi rumah terbuka bagi menyambut sambutan Aidilfitri di kediaman masing-masing.

Bukan itu sahaja, ada segelintir masyarakat juga mengambil peluang untuk melangsungkan pernikahan pada waktu ini.

Hal ini kerana, umat Islam disunatkan untuk bernikah pada bulan Syawal dan tindakan ini turut bersifat serampang dua mata.

Tuan rumah bukan sahaja dapat meraikan pengantin pada bulan yang mulia, malah menjimatkan kos kerana tuan rumah hanya perlu menjamu tetamu sekali sahaja.

Dalam sesi rumah terbuka, segelintir tuan rumah yang akan membekalkan lauk-pauk kepada tetamu yang hadir ketika waktu mereka meninggalkan perkarangan rumahnya.

Sesetengah mereka ada yang membekalkan lauk-pauk dengan menggunakan bekas makanan plastik pakai buang. Manakala, bungkusan yang lazim digunakan adalah plastik yang diikat dengan menggunakan gelang getah.

Pembungkusan jenis ini biasanya digunakan di kedai-kedai makan yang menjual lauk-pauk khususnya pada waktu tengah hari.

Sungguhpun begitu, terdapat teknik ikatan yang perlu diikuti bagi mengelakkan lauk-pauk di dalam bungkusan plastik bocor dan terkena ke permukaan tidak sepatutnya.

Tak ubah macam kedai, gadis ini ajar cara ikat lauk dengan guna gelang getah

Seorang pengguna TikTok telah mengajar cara untuk mengikat bungkusan lauk, caranya yang diajar persis seperti cara ikatan bungkusan lauk di kedai.

Pengguna yang dikenali dengan nama Fatini Zamri (@fatinizamri) telah menunjukkan cara  yang tepat untuk membungkus lauk-pauk di dalam plastik dengan menggunakan gelang getah.

Pertama sekali, lipat bahagian atas plastik (bahagian luar) ke bawah dan buat lipatan kecil pada bahagian tepi, untuk menutup bukaan pada atas plastik.

cara bungkus lauk kedai
Kredit: TikTok

Ambil getah dan sangkutkan sedikit bahagian getah pada jari. Seterusnya, lingkarkan getah selebihnya pada permukaan muncung plastik.

Apabila bungkusan sudah menjadi kedap dan panjang getah yang digunakan untuk melingkari bahagian hujung plastik semakin pendek, tibalah masa untuk menyimpulkan ikatan terakhir pada bungkusan makanan.

Lepaskan bahagian getah yang disangkutkan pada jari sebelum ini dan tindankan pada bahagian ‘bunjutan’ plastik bungkusan lauk dengan kemas.

Dengan ini, anda pun sudah berjaya membungkus makanan dengan kemas dan rapi, ala-ala pekerja-pekerja di kedai makan.

Bagi memudahkan pemahaman, anda boleh menonton video yang tertera di bawah:

@fatinizamri

Sapa2 nak lode? Nak impress mak mertua ngan trick ni pun jd i rasa hahaha also jgn komen pasal tudung i, kitonyo nak cepat takut kene marah 🥹 #matriye #raya2024 #partytrick #lifehack

♬ original sound – LaguRaya – LaguRaya

BACA: RM800 Hanya Dapat Bilik Saiz ‘Stor’, Realiti Pahit Menyewa di Tengah Bandar

Sumber: @fatinizamri via TikTok

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma