Siakap Keli
paderi australia ditikam
Gambar: The Mirror

Paderi Australia Ditikam Sewaktu Lakukan Siaran Langsung

Paderi Australia Ditikam Sewaktu Lakukan Siaran Langsung

SYDNEY — Seorang paderi dilaporkan telah ditikam sewaktu melakukan siaran langsung  di sebuah gereja hari ini, lapor NBC News.

Menurut Polis New South Wales dalam kemas kini di platform X, pihaknya menerima panggilan dari sebuah gereja di Wakekly, pinggir barat Sydney pada 7.10 malam waktu tempatan berhubung kejadian.

Difahamkan, insiden berlaku di Gereja Christ the Good Shepherd yang terletak di Welcome Street.

Dalam rakaman yang tular di media sosial itu mendedahkan mangsa (paderi) telah ditikam bertubi-tubi oleh seorang individu yang memakai baju T-shirt berwarna hitam sewaktu memimpin upacara keagamaan.

Berikutan itu, para pengikut yang berada di dalam gereja itu bergegas membantu mangsa.

Dalam klip yang diambil oleh salah seorang pengunjung gereja turut menunjukkan orang ramai membantu mangsa yang ketika itu telah berbaring di atas lantai.

BACA: Pijar Sampai Menyengat, Ini Cara Kurangkan Kepedasan Cili Kering

Walau bagaimanapun, polis tempatan memaklumkan bahawa tiada sebarang kecederaan parah yang boleh mengancam nyawanya dan mangsa kini sedang menerima rawatan. Sementara seorang lelaki telah ditangkap bagi membantu siasatan.

Dalam pada itu, pihak gereja dalam satu kenyataan turut memberitahu mangsa yang berusia 50-an kini dalam keadaan stabil dan dirawat di sebuah hospital.

Orang ramai juga disarankan untuk tidak berada di kawasan berkenaan dan mengelakkan pergi ke tempat kejadian.

Perdana Menteri New South Wales, Chris Minns menzahirkan simpati terhadap kejadian yang berlaku.  Beliau turut menggesa masyarakat untuk bertenang berhubung kejadian.

Sebelum ini, negara tersebut dikejutkan dengan satu kejadian serangan bersenjata yang telah meragut enam nyawa pengunjung di sebuah pusat beli-belah Westfield Bondi pada Sabtu lalu.

Dalam kejadian itu, sebanyak sembilan orang turut dilaporkan mengalami kecederaan.

Sumber: NBC News

BACA JUGA: “Boss, You Mahu Pergi KL Kan? Jangan Patah Balik..” Lelaki Kongsi Pengalaman Pulang Beraya Guna Jalan Tikus

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?