Siakap Keli
Dah Lama Guna Proton Saga, Tapi Owner Sendiri Tak Tahu Benda Ni
Sumber: Faizi Zi via TikTok

Dah Lama Guna Proton Saga, Tapi Owner Sendiri Tak Tahu Benda Ni

Dah Lama Guna Proton Saga, Tapi Owner Sendiri Tak Tahu Benda Ni

Rasanya, tidak berlebihan jika dikatakan setiap isi rumah di Malaysia pada masa ini memiliki sekurang-kurangnya sebuah kereta.

Kereta sudah menjadi satu keperluan yang penting kerana tanpanya, jadual dan kegiatan harian individu mungkin akan terganggu.

Walaupun begitu, adakah kita tahu sepenuhnya tentang apa yang kereta kita tawarkan?

Seperti yang diketahui, setiap kereta yang dibina dipasang dengan pelbagai ciri dan teknologi tambahan yang memberikan manfaat kepada pengguna.

Pasaran kereta semakin meluas dengan pelbagai pilihan dari kereta tempatan hingga elektrik, tetapi kadang-kadang ciri-ciri istimewa yang ada pada kereta kita masih belum disedari sepenuhnya.

Misalnya, satu fungsi istimewa yang ada pada Proton Saga ini yang kami rasa, ramai pemilik tak tahu ada pada kereta itu.

Fungsi tersembunyi Proton Saga yang ramai tak tahu

Fungsi yang kami maksudkan adalah penarik yang ada di bawah cushion tempat duduk belakang Proton Saga, seperti yang dikongsikan oleh pengguna TikTok, Faizi Zi (@faizizi70).

@faizizi70

SALAH SATU FUNGSI YANG TERSEMBUNYI PROTON SAGA..SEMOGA BERMANFAAT..0179569159..😊 #proton #ramaco #fyp #ramadhan #2024 #aidilfitri #TERENGGANU

♬ original sound – Faizi Zi – Faizi Zi

Berdasarkan video tersebut, Faizi Zi menunjukkan tutorial mencabut cushion di tempat duduk belakang untuk mudahkan urusan mencuci kereta.

Mula-mula, cari penarik di bahagian bawah tempat duduk belakang. Penarik itu ada di kedua-dua belah bahagian kiri dan kanan tempat duduk. Kemudian, tarik penarik yang menyambungkan cushion dengan tempat duduk kereta.

Selepas itu, tarik cushion kereta dengan berhati-hati dan bolehlah cuci sebersihnya dengan mudah di rumah.

Kalau macam ni, senanglah kerja kita nak cuci dan jemur. Taklah pintu kereta terbuka lama semata-mata nak tunggu seat kering selepas dicuci kan?

Cara nak pasang balik pun mudah ja. Tolak balik cushion secara perlahan-lahan dan berhati-hati kembali kepada keadaan asal.

Semoga bermanfaat dan selamat mencuba.

BACA: Ramai “Owner” Tak Tahu, Rupanya Ini Fungsi Butang “Release” Di Gear Proton Saga

Sumber: Faizi Zi via TikTok

Sharifah Hannah Adibah