Siakap Keli
apa itu Formation Flying
Gambar: Bernama

Pernah Terlibat Dalam Raptai Lintas Hormat, Bekas Juruterbang Pasukan Keselamatan Kongsi Apa Itu “Formation Flying”

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Pernah Terlibat Dalam Raptai Lintas Hormat, Bekas Juruterbang Pasukan Keselamatan Kongsi Apa Itu “Formation Flying”

Pertunjukan udara merupakan satu persembahan yang cukup mengujakan buat sesiapa sahaja.

Ini kerana kita tidak dapat melihat pesawat-pesawat ini terbang secara berima dalam pelbagai formasi.

Pada hari kejadian, orang ramai boleh melihat pertunjukan udara itu di mana terdapat pesawat yang akan terbang dari pelbagai arah dan melepaskan asap warna-warni yang ditinggalkan di ruang udara.

Kalau nak tahu, persembahan udara ini dikenali sebagai “Formation Flying”.

Bahkan topik ini menjadi perbualan hangat di media sosial baru-baru susulan berlaku kemalangan udara melibatkan helikopter sewaktu menjalani latihan raptai lintas hormat.

Sehubungan itu, SK hari ini akan berkongsikan topik menarik ini oleh seorang bekas juruterbang pasukan keselamatan, Mohd Ezairol Rezan Zainol di bawah.

Lelaki  Kongsi Apa Itu “Formation Flying”

Gambar: Mohd Ezairol Rezan Zainol

Pertama sekali, Aku ini bukan pakar. Aku hanya menulis berdasarkan pengalaman yang aku ada. 

Seperti yang tertulis dalam profil di Facebook, aku dulu adalah seorang Flying lnstructor dalam pasukan keselamatan.

Aku pernah terlibat dalam mengajar juruterbang-juruterbang baru Polis Diraja Malaysia (PDRM) ambil rating “parajump” untuk membolehkan mereka bawa para penerjun.

Semua “Rules & SOP” sebagai pilot parajump tu aku pernah ajar dulu. 

Dan aku juga pernah terlibat dalam beberapa lintas hormat Hari Kemerdekaan dan satu dua pertunjukan udara di Ipoh dan Melaka suatu ketika dulu. 

BACA: Kenapa Langit Bertukar Warna Hijau Ketika Dilanda Ribut? Ini Sebabnya

Tujuan aku kongsikan penulisan ini adalah untuk memberikan sedikit ilmu dan gambaran kepada pembaca untuk tahu lebih lanjut apa sebenarnya yang dikatakan “Formation Flying”. 

“Formation flying” adalah pergerakan pesawat dalam satu formasi yang membentuk satu corak yang unik bila dilihat dari pandangan mata kasar. 

Ada banyak jenis formation flying yang sering digunakan dalam upacara lintas hormat. Antaranya adalah Vic Formation, Echelon Port, Echelon Starboard dan Line Astern. 

Kalau nak tahu bentuk formasi-formasi ini semua, ada aku kongsikan gambarnya dekat bawah. Bolehlah tengok dan belajar ya.

Pada kebiasaannya, pilot yang terpilih untuk mengemudikan pesawat dalam formation flying ini adalah dipilih dari kalangan mereka yang berpengalaman dan berkemahiran tinggi dalam mengendalikan pesawat. 

apa itu Formation Flying
Gambar: Mohd Ezairol Rezan Zainol

Pernah dengar tak Team Red Arrows? Mereka ini adalah pilot-pilot terlatih (best among the best) yang memang tugasnya adalah membuat pertunjukan udara dengan pelbagai jenis formasi yang unik dan sukar. 

Aku pernah tengok dokumentari pasal Red Arrows ni. Memang cukup sukar nak terpilih masuk dalam pasukan ini. Hanya yang terbaik akan terpilih masuk dalam pasukan antara terbaik di dunia ini.

Walaupun begitu, kemalangan tetap juga pernah berlaku pada team sehebat red arrows ini akibat dari beberapa faktor seperti “technical problem & human error”.

Masalah cuaca dan angin lintang jarang menjadi penyebab kemalangan kerana pilot akan buat penilaian yang jitu sebelum terbang untuk mengelakkan kemalangan.

BACA JUGA: Kenapa Ada Kilat Ketika Gunung Berapi Meletus? Ini Yang Anda Perlu Tahu

“Human error” boleh terjadi kepada mana-mana juruterbang sama ada juruterbang baharu atau yang berpengalaman.

Gambar di bawah menunjukkan perlanggaran diantara dua pesawat MiG-29 Russia dalam satu pertunjukan aerobatik udara di pangkalan RAF Fairford pada tahun 1993.

Gambar: Mohd Ezairol Rezan Zainol

Bagi kapal terbang, dalam “Vic formation flying” pesawat paling depan itu dipanggil leader. Pesawat di sebelah kiri dan dan kanan biasanya dipanggil “Wingman”.

Bagi helikopter, biasanya dalam lintas hormat depa akan buat “Line Astern formation flying”.

Pesawat paling depan adalah leader, manakala pesawat seterusnya dibelakang biasanya dipanggil nombor 2, nombor 3, nombor 4, nombor 5, dan nombor 6.

Semasa lintas hormat, tugas “leader” adalah sebagai “Time keeper”, koordinat dengan “Liason Officer” dekat “ground” dan beri arahan pada pesawat lain yang follow di belakangnya.

Tugas pesawat lain pula adalah follow pesawat “leader” dan kekalkan jarak sesuai semasa penerbangan lintas hormat sedang berjalan.

Apa jua pergerakan kapal leader perlu dituruti dengan penuh displin oleh pesawat terdekatnya. Sebab itu, sebelum penerbangan, “briefing” atau taklimat khas akan dilakukan.

Dan jika ada sebarang masalah teknikal atau mekanikal, pilot mana-mana pesawat akan terus “declare” dan “break” dari formation flying tersebut.

Dan “break” itu juga dilakukan mengikut SOP yang telah ditetapkan semasa taklimat. Semua pilot mesti “aware” tekniknya.

apa itu Formation Flying
Gambar: Mohd Ezairol Rezan Zainol

Pesawat-pesawat lain akan teruskan tugasan dan apabila selesai, pesawat-pesawat lain akan mendarat manakala leader akan kembali dan melakukan “Search & Rescue, SAR” pada pesawat yang mungkin terpaksa “forced landing” itu tadi.

Semua pilot yang terlibat mesti faham dengan tugasan yang akan dijalankan dan semua pilot juga mestilah sihat dan “fit” sebelum tugas ini dijalankan.

BACA JUGA: Kenapa Kekunci F Dan J Ada “Garis”? Ini Sebabnya

Masa aku mula-mula join formation flying ini, memang rasa cukup teruja. Sebab aku akan belajar “something new”. Sesuatu yang tidak diajar dan dilakukan oleh pilot biasa. 

Aku bermula sebagai “Wingman”. Dilatih oleh seorang jurulatih yang hati kering(Heartless). Hari pertama “training” aku dah taubat nasuha, menyesal gila masuk team formation ini. 

Dia tunjukkan dekat aku berapa dekat dia boleh pergi dengan pesawat leader di depan tu. Fuhh cuak gila beb. Malam pertama latihan tu aku tak berapa boleh nak tidur. 

Hari kedua, pegawai yang bertindak sebagai “team leader” dan mempunyai yang rank lebih tinggi tegur dalam taklimat. Jangan “over excited” nak tunjuk skill kita. Fly safe katanya. 

Lepas taklimat tu baru la lega sikit aku rasa. Tiada lagi pertunjukan yang menakutkan hati. Banyak benda yang aku belajar masa terbang formation flying ni.

Jadi wingman ni bukan kerja mudah. Kita mesti 100 peratus fokus pada apa jua pergerakan pesawat yang berada di hadapan. Kalau pesawat depan membelok (30 darjah angle of bank), kita sebagai wingman juga perlu membuat perkara yang sama.

Mata perlu sentiasa fokus pada pergerakan pesawat. Paling kritikal ketika pesawat sedang “running in” ke pentas hormat. 

Gambar: Bernama

Masa tu kalau rasa gatal kat hidung atau badan, tiada masa kau nak garunya. Tahan je la sampai kau habis melintas depan pentas hormat. 

Satu tangan dekat stereng, satu tangan lagi dekat thrust power. Bersedia setiap masa menjaga jarak formasi.

Bila leader laju, kau pun kena pecut kejar dia dan bila leader slow secara tiba-tiba, wingman kena “anticipate” slow juga supaya tak melanggar leader atau pesawat di hadapan. 

BACA JUGA: Kenapa Lalat Sukar Ditangkap?

Tiada masanya kau nak “Eh..eh…eh..camtu. 

Tindakan mesti pantas. Kena ingat, ini bukan kereta boleh tekan brek boleh terus berhenti dan “slowing down”. Pesawat perlukan masa untuk “reduce the speed”. 

Sebab tu dalam formation flying untuk lintas hormat, pilot yang menjadi wingman atau menjadi pesawat yang ke 2,3,4 dan seterusnya hanya fokus pada pesawat di hadapannya saja, mata hanya ada dua untuk melihat. 

Kalau masih tak faham juga, boleh tengok petikan filem TopGun, apa jadi kalau kita alpa sesaat. Ada aku kongsikan sedutannya. 

Tugas pilot satu lagi yang duduk di sebelah adalah monitor enjin parameter dan bantu apa yang perlu semasa penerbangan. 

Dalam taklimat, semua aspek keselamatan dan kecemasan akan disentuh.

Gambar: Bernama

Contohnya bila berlaku “radio failure” atau komunikasi problem antara leader dan pesawat yang lain. 

Semua perkara ni telah sedia ada dalam sop standard formation flying. 

Sebab tu terbang formation ni aku cakap letih. Walaupun terbang tak sampai sejam, dia punya penumpuan tu perlu lebih 100 peratus. 

Begitulah kisahnya. Moga belajar sesuatu dari pengalaman aku ini. 

Bagi yang bertanya soalan-soalan sensitif dalam posting aku sebelum ini, aku minta maaf. Aku memilih untuk tidak menjawab kerana menghormati waris-waris mangsa yang telah pergi. 

Sumber: Facebook Mohd Ezairol Rezan Zainol

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?