Siakap Keli
bunga turnera kebun
Kredit: @m.anem.hosnan.tik via TikTok

Hairan, Kenapa Petani Tanam Bunga Turnera Dekat Kebun? Ini Sebabnya

Hairan, Kenapa Petani Tanam Bunga Turnera Dekat Kebun? Ini Sebabnya

Menanam pokok bunga boleh dikategorikan sebagai satu hobi yang menarik buat mereka yang sukakan keindahan flora.

Bahkan, segelintir individu beranggapan penanaman pokok bunga boleh dijadikan terapi kepada tekanan serta memberikan ketenangan, kepuasan dan sebagainya.

Namun, menanam bunga bukan semata-mata atas alasan kesihatan atau untuk memperindah ruang di satu-satu tempat.

Ternyata, ia turut bermanfaat dalam bidang pertanian apabila beberapa pokok bunga berfungsi menarik serangga perosak daripada membunuh tumbuhan lain di sekitarnya.

Seperti yang kita ketahui, serangga perosak merupakan ‘pembunuh senyap’ yang boleh mengancam pengeluaran hasil pertanian dan seterusnya menyebabkan kerugian.

Oleh itu, kehadiran serangga perosak di sawah padi, kebun atau ladang mesti dikawal bagi mengelakkan kemusnahan tumbuhan.

Kenapa ada petani tanam bunga turnera di kebun?

Antara pokok bunga yang boleh membantu mengawal serangga perosak ialah pokok bunga Turnera berwarna kuning.

Perkongsian menarik ini dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok (@m.anem.hosnan.tik).

@m.anem.hosnan.tik

Banga tunera dan gunanya#fyp #animagrotechnology #bunga

♬ A warm piano instrumental ballad(808701) – NOPPO MUSIC

Bunga Turnera kuning ‘penyelamat’ tumbuhan dari serangan serangga

Menurut pengguna TikTok itu, pokok bunga yang berwarna kuning dan putih menarik perhatian sesetengah serangga musuh semula jadi.

Hal ini kerana kebanyakan serangga hanya dapat melihat warna-warna terang seperti kuning, biru, merah dan lain-lain.

Jadi, apabila pokok bunga Turnera mula kembang sekitar jam 9 hingga 11 pagi, serangga perosak akan mula berkerumun untuk mengambil nektar serta debunga.

Kemudian, para pekerja boleh mula menyembur racun serangga di atas bunga berkenaan, membuatkan serangga perosak mati akibat menyedut racun tersebut.

Bukan itu saja, menanam pokok bunga Turnera turut mengurangkan populasi serangga di kebun sayur mahupun ladang.

Tambahnya lagi, pokok bunga Turnera sesuai dijadikan sebagai ‘penyelamat’ dan menjadi salah satu amalan kawalan perosak bersepadu untuk tanaman dalam negara.

BACA: Pernah Terlibat Dalam Raptai Lintas Hormat, Lelaki Kongsi Apa Itu “Formation Flying”

Sumber: M Anem via TikTok

Athirah

When nothing goes right, go left.