Siakap Keli
remaja maut treler
Gambar: Sinar Harian

Remaja Maut, Terlibat Kemalangan Dengan Treler

Remaja Maut, Terlibat Kemalangan Dengan Treler

BUKIT MERTAJAM — Seorang remaja yang membawa motosikal dilaporkan maut selepas terlibat dalam kemalangan dengan sebuah treler pada malam semalam, lapor Sinar Harian.

Perkara itu disahkan oleh Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Mertajam, Pegawai Bomba Kanan II Mohd Shariff Md Rais.

Katanya, mangsa yang berusia 16 tahun meninggal dunia di tempat kejadian di Jalan Bukit Minyak, Kampung Tok Subuh.

“Kita menerima panggilan kecemasan pada jam 10.56 malam tadi berhubung kemalangan jalan raya melibatkan sebuah motosikal jenis Yamaha Y16 dengan sebuah treler.

“Ketika tiba di lokasi kejadian, kita mendapati sebuah motosikal berada di bawah treler berkenaan. Selepas membuat ‘size up’, kita menemui mangsa iaitu seorang lelaki di bahagian bawah treler berkenaan,” maklumnya dalam satu kenyataan hari ini.

Ujarnya lagi, pegawai Kementerian Kesihatan Malaysia turut mengesahkan yang mangsa maut ditempat kejadian sebaik sahaja tiba di lokasi.

“Mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan seterusnya,” katanya.

BACA: Empat Tabiat Punca “Aircond” Kereta Cepat Rosak, No 2 Paling Ramai Buat

Dalam kejadian yang berasingan Mac lalu, seorang lelaki dilapor maut selepas kereta Proton Wira yang dipandunya bertembung dengan sebuah treler di hadapan kilang pengeluar kaca di kawasan Perindustrian Lipat Kajang, Melaka, lapor Sinar Harian.

Kejadian yang dipercayai berlaku kira-kira jam 7.39 pagi Isnin itu telah meragut nyawa Ahmad Johari Mohamad Nin, 48, yang bekerja sebagai pemandu bas kilang.

Menurut Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintenden Ahmad Jamil Radzi, treler tersebut sedang menuju ke jalan besar menghala ke Lipat Kajang dari arah kilang kaca, yang merupakan tempat kejadian.

Katanya, kereta yang dipandu mangsa yang lebih dikenali dengan panggilan ‘Wak Joe’ itu gagal mengelak treler yang telah keluar simpang itu lalu terperosok di bahagian tengah kenderaan berat itu

“Pemandu kereta disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

“Siasatan di tempat kejadian juga mendapati jalan lurus, cuaca baik dan permukaan jalan kering,” katanya

Sumber: Sinar Harian

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?