Siakap Keli
bekas wartawan melodi meninggal dunia
Sumber: Sinar Harian, Dwan Inzaghi via Facebook

Bekas Wartawan Melodi TV3, Ayau Meninggal Dunia

Bekas Wartawan Melodi TV3, Ayau Meninggal Dunia

Bekas wartawan Melodi terbitan TV3, Muhammad Zamzuri Zaini yang lebih dikenali sebagai Ayau, telah meninggal dunia kira-kira jam 10 pagi hari ini.

Menurut satu hantaran Facebook yang dikongsikan oleh Dwan Inzaghi, berita duka ini dikongsikan sendiri oleh bekas isteri Allahyarham, Alita Aris.

Berdasarkan perkongsian itu, Alita menjelaskan arwah ketika kejadian berada di Masjid Al Muhajideen, Damansara Utama, sedang menunggu jenazah ibu mentuanya untuk disolatkan.

Bagaimanapun, Allahyarham yang berusia 50 tahun itu tiba-tiba rebah diduga disebabkan oleh serangan jantung, sebelum kemudiannya dikejarkan ke Hospital KPJ Damansara.

“Kami membawanya ke Hospital KPJ Damansara, dan doktor sudah cuba menyelamatkannya selama lebih kurang 20 minit, tetapi gagal.

“Doktor percaya jantung Ayau sudah berhenti ketika di masjid lagi,” katanya dalam perkongsian di Facebook.

Tambah Alita yang baharu menyelesaikan pengebumian ibunya, jenazah Allahyarham akan dibawa ke Masjid Nurul Hidayah, Kampung Pandan, untuk disempurnakan.

Allahyarham yang meninggalkan seorang anak lelaki itu kemudiannya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Permai, Ampang.

BACA: Bayi Berbalut Kain Batik Ditemui Dalam Kotak Tepi Jalan

Sumber: Sinar Harian, Dwan Inzaghi via Facebook

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.