Persatuan Kartografi Melaka Jejaki Sejarah Lintasan Rata Kereta Api Di Bangi Lama
Seperti yang kita tahu, kereta api telah wujud sejak dahulu lagi di Tanah Melayu dan menjadi salah satu laluan darat jarak jauh paling utama pada ketika itu.
Bukan sahaja, untuk digunakan untuk menghantar barang, namun sebagai pengankutan manusia dari satu destinasi ke destinasi lain.
Bagaimanapun, seiring perubahan zaman, laluan darat ditambah baik dengan jalan-jalan mula diturap dengan tar, meninggalkan laluan kereta api lama ini tinggal kenangan.
Meskipun, masih terdapat laluan dan jambatan lama, laluan ini masih digunakan sehingga hari ini, tetapi ada yang sudah ditelan dengan kemajuan dan pembangunan.
Baru-baru ini, pasukan penyelidik Railway Cartographic Research Project (RailCREP), sebuah projek kajian di bawah Persatuan Kartografi Melaka iaitu Shahrul Azzim Abd Aziz dan Dr. Mohamad Rohaizat Abdul Wahab berpeluang menjejaki sebuah lokasi yang menempatkan warisan sejarah kereta api lama di Selangor yang semakin luput ditelan masa.
Lokasi yang dimaksudkan ialah lintasan rata kereta api atau level crossing yang terletak di pekan Bangi Lama, Selangor Darul Ehsan.
Menerusi perkongsian di laman Facebook Persatuan Kartografi Melaka, terdapat beberapa naskah kartografi lama yang memaparkan lokasi lintasan rata ini, antaranya peta yang diterbitkan pada tahun 1945.

Bagi mengenal pasti lokasi tersebut, pasukan penyelidik membuat perbandingan di antara peta yang berusia hampir 80 tahun dengan imej satelit Google Earth yang terkini.
Ia termasuk sehelai gambar lama lokasi bersejarah tersebut yang dirujuk daripada halaman Facebook Kelab Peminat Sejarah & Gambar Lama II.
BACA: Persatuan Kartografi Melaka Jejaki Sejarah Jambatan Kereta Api Salak Selatan
“Lintasan tersebut pada waktu kini telah tidak wujud lagi kerana telah digantikan dengan sebuah jambatan yang terletak sekitar kurang 100 meter daripada lokasi lintasan lama tersebut.
“Terdapat beberapa kesan peninggalan yang masih ada di lokasi ini antaranya beberapa serpihan “Sleepers” lama landasan kereta api yang diperbuat daripada kayu dan tapak jajaran bekas laluan landasan lama,” maklum persatuan berkenaan.
Bagi mendapatkan lebih maklumat mengenai arkib ini, kajian beralih kepada temu ramah bersama salah seorang penduduk di kawasan berhampiran lintasan rata lama tersebut yang dikenali sebagai Encik Lim.

“Berdasarkan sejarah, stesen kereta api lama Bangi yang terletak tidak jauh dari pekan Bangi Lama ini telah dibina sekitar awal tahun 1900an (tahun 1902) dan kini telah digantikan dengan stesen yang baru seperti yang kelihatan pada hari ini,” jelasnya.
Gambar di bawah merupakanpPerbandingan lokasi lintasan rata di antara peta yang diterbitkan pada tahun 1945 dengan imej satelit Google Earth terkini.

Untuk maklumak lanjut, sila rujuk pautan di bawah.
https://www.facebook.com/kartografimelaka/posts/pfbid0DBqfqzvmK97rviz4EKzhmshfRHCqeSkNd5fFjx5NCKfAFsmMWurmGm1APjPCFk6xl
Sumber: Australia National University, Halaman Facebook Kelab Peminat Sejarah & Gambar Lama II, Persatuan Kartografi Melaka