Siakap Keli
penyasaran subsidi diesel

Jemaah Menteri Setuju Laksana Penyasaran Subsidi Ke Atas Bahan Api Diesel – PM

Jemaah Menteri Setuju Laksana Penyasaran Subsidi Ke Atas Bahan Api Diesel – PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa Jemaah Menteri telah bersetuju untuk melaksanakan penyasaran subsidi ke atas bahan api diesel.

Dalam perutusan sebentar tadi, beliau berkata untuk permulaan penyasaran subsidi ini hanya melibatkan semenanjung Malaysia.

“Jemaah Menteri telah bersetuju untuk melaksanakan penyasaran subsidi ke atas bahan api.

“Penyasaran subsidi akan dilaksanakan ke atas bahan api diesel dan kita akan bincang tindakan-tindakan berikutnya berdasarkan pengalaman kita melaksanakan subsidi.

“Penyasaran ini melibatkan pengguna-pengguna di Semenanjung Malaysia dan tidak melibatkan pengguna di Sabah dan Sarawak,” katanya.

BACA: Gaji Penjawat Awam Naik Lebih 13 Peratus Mulai Disember Ini, Terbaik Dalam Sejarah – PM Anwar

Menurutnya, hampir setiap keluarga di Sabah dan Sarawak menggunakan diesel untuk kenderaan, justeru kerajaan menangguhkan sebarang tindakan kerana ia boleh membebankan rakyat di dua negeri itu.

Bagaimanapun, di semenanjung, kerajaan juga akan memberikan bantuan tunai kepada pemilik kenderaan individu terpilih kecuali T20 di bawah Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS).

Ia termasuk untuk penggunaan kenderaan berdiesel bagi tujuan pertanian, perlombongan, penternakan dan peniaga kecil.

“Tapi bagi semenanjung, bagi membendung kenaikan harga mendadak barang dan perkhidmatan, kerajaan turut akan menyediakan subsidi diesel kepada para peniaga yang menggunakan kenderaan komersial bermotor diesel melibatkan 10 jenis  kenderaan pengangkutan awam dan 23 jenis kenderaan pengangkutan barangan di bawah Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS).

“Maknanya untuk pengguna B40 dan M40 yang menggunakan diesel untuk perniagaan kecil atau penggunaan dalam bidang pertanian, perlombongan, penternakan dan nelayan akan terus dibantu. Maknanya mereka tidak akan terkesan dengan kenaikan ini,” ujarnya.

Tambahnya, penyasaran subsidi diesel ini tidak melibatkan golongan T20 serta 3.8 juta warga asing.

Hal ini sekaligus dapat memberikan penjimatan kepada  kerajaan secara kasar kira-kira RM4 bilion setahun.

“Saya ingin tegaskan di sini, kita naikkan (laksana penyasaran subsidi) tapi tidak (bebankan) rakyat. Kita naikkan kesannya kepada golongan maha kaya dan orang (warga) asing.

“Kalau ada rakyat yang terbeban menggunakan diesel, ada ruang untuk mereka rujuk kepada Kementerian Pengangkutan atau kementerian berkaitan supaya dapat dipastikan penyasaran subsidi diesel itu hanya mengesankan golongan kaya dan (warga) asing dan tidak membebankan mereka (rakyat),” katanya.

BACA JUGA: Seorang Maut, Beberapa Lagi Cedera Selepas Pesawat Singapore Airlines Alami Gelora Udara

Sumber: RTM

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.