Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
gaji penjawat awam naik
Gambar: BERNAMA

Gaji Penjawat Awam Naik Lebih 13 Peratus Mulai Disember Ini, Terbaik Dalam Sejarah – PM Anwar

Nurhanis

Gaji Penjawat Awam Naik Lebih 13 Peratus Mulai Disember Ini, Terbaik Dalam Sejarah – PM Anwar

PUTRAJAYA, 1 Mei (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan kenaikan gaji penjawat awam lebih 13 peratus bermula Disember ini, tertinggi dan terbaik dalam sejarah negara.

Beliau berkata kenaikan itu melibatkan peruntukan lebih RM10 bilion.

“Kenaikan lebih tinggi daripada 13 peratus. Kenaikan terbaik dalam sejarah oleh Kerajaan MADANI,” katanya semasa berucap merasmikan sambutan Hari Pekerja 2024 peringkat kebangsaan di sini hari ini.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata di bawah Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang sedang diperincikan, kerajaan juga akan meningkatkan gaji bagi memastikan jumlah pendapatan minimum penjawat awam melebihi RM2,000 sebulan.

“Pada masa ini jumlah pendapatan minimum, meliputi gaji dan elaun tetap penjawat awam sedia ada adalah RM1,795 sebulan,” kata Perdana Menteri.

Anwar berkata sebelum ini jumlah paling tinggi kenaikan gaji penjawat awam adalah pada kadar 13 peratus kira-kira 12 tahun lepas, namun Kerajaan MADANI akan memastikan jumlahnya lebih tinggi daripada itu.

“Maka kita akan laksanakan lebih 13 peratus peratus kenaikan mulai Disember tahun ini, sebab saya sudah berjanji,” katanya.

Sebelum ini Perdana Menteri ketika membentangkan Belanjawan 2024 pada 13 Okt lepas mengumumkan SSPA akan dilaksana sepenuhnya mulai 2025.

BACA: Pengguna Rapid KL Boleh Guna Kad Debit, Kredit Di Semua Kaunter Khidmat Pelanggan

“Untuk tahun depan, bila kita mula laksanakan ia akan mencecah lebih RM10 bilion, kerana jumlahnya agak besar dan kenaikannya agak lumayan.. dan ini adalah kenaikan paling baik dalam negara.

“Kita juga akan meneliti daripada segi kewangan dan bagaimana ia boleh menampung, tetapi pada masa sama hutang negara tidak lebih (daripada sepatutnya)… ini perlukan kepakaran luar biasa, tapi saya lega susah bagaimanapun kena tunaikan kepada rakyat termasuk pekerja,” katanya.

Perdana Menteri juga berkata pelaksanaan SSPA melihat kepada aspek yang menyeluruh.

“… ini bukan terpakai untuk semua, kalau rekod pekerjanya tak membanggakan, malas, sering lambat dan tidak beri tumpuan yang baik, (mereka) tidak layak diberi ganjaran seperti yang dijanjikan kerajaan,” katanya.

Anwar berkata setiap pekerjaan mempunyai peranan sama penting dalam menjana pertumbuhan ekonomi negara.

Beliau juga berharap syarikat-syarikat swasta dapat mengikut langkah kerajaan menaikkan gaji penjawat awam.

“… pengumuman ini walaupun tidak menyinggung secara langsung (syarikat) swasta, saya mahu dan berikan tempoh kepada mereka untuk memberikan perhatian, ada syarikat-syarikat swasta yang untungnya berlipat kali ganda.

“Jadi mana untungnya? – dalam produktiviti. Dari mana produktivitinya? Produktiviti itu (datang) dengan pekerja, jadi berikanlah sedikit, kalau syarikat untung ratus juta, berikanlah berapa ratus ringgit kepada pekerja,” katanya.

BACA: Bayi Maut Akibat Didera, Polis Tahan Empat Individu

Anwar dalam pada itu menolak dakwaan sesetengah pihak kononnya kerajaan hanya memberi perhatian kepada penjawat awam berbanding pekerja di sektor lain.

Sementara itu Perdana Menteri turut memaklumkan Kerajaan Sabah dan Sarawak bersetuju untuk membuat pindaan ke atas Ordinan Buruh Sabah (Ordinan Cap.67) dan Sarawak (Ordinan Bab 76) untuk diselaraskan dengan Akta Kerja 1955 yang terpakai di Semenanjung Malaysia.

Jelasnya RUU Ordinan Buruh Sabah (Pindaan) 2024 dan RUU Ordinan Buruh Sarawak akan dibentangkan dalam sidang Parlimen akan datang.

Anwar juga memaklumkan bahawa kedudukan Malaysia di dalam Subindeks Kecekapan Kerajaan bagi kajian IMD World Competitiveness Yearbook telah meningkat kepada kedudukan di tangga ke-29 pada 2023, berbanding kedudukan ke-38 pada 2022.

“Prestasi ini menunjukkan Malaysia berada pada landasan yang betul untuk mencapai kedudukan 20 teratas menjelang tahun 2025, sepertimana yang digariskan dalam Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12),” katanya.

Sumber: BERNAMA