Siakap Keli

Tak Puas Hati Telefon Dirampas, Remaja Didakwa Bunuh Mak Ayah & Kakak Angkat

Tak Puas Hati Telefon Dirampas, Remaja Didakwa Bunuh Mak Ayah & Kakak Angkat

Gara-gara telefon bimbit dirampas, seorang remaja lelaki berusia 16 tahun bertindak menembak ibu bapa dan kakaknya di rumah kediaman mereka di Brazil, lapor AFP.

Kementerian Keselamatan berkata, kejadian berkenaan berlaku pada Jumaat lepas. Bagamaimanapun, kes itu hanya diketahui pada Isnin selepas suspek menghubungi polis dan mengaku melakukan pembunuhan tersebut.

Menurut Ketua Penyiasat kes, Roberto Afonso menjelaskan bahawa remaja yang diambil sebagai anak angkat itu tidak berpuas hati selepas ibu bapanya merampas telefon bimbit miliknya selepas berlaku pertengkaran antara mereka.

Remaja bunuh mak ayah & kakak angkat, tak puas hati telefon kena rampas

Remaja itu mengaku telah merampas pistol milik bapanya, yang merupakan anggota polis sebelum menembak mangsa dari arah belakang.

Dia kemudian naik ke tingkat atas rumah mereka dan menembak kakaknya yang berusia 16 tahun di bahagian muka. Selepas itu, dia bertindak menembak ibunya yang berusia 50 tahun dengan senjata yang sama apabila mangsa tiba di rumah beberapa jam kemudian.

Suspek masih tinggal dengan ketiga-tiga mangsa selama beberapa hari

“Kami ketika ini cuba memahami sama ada jenayah tersebut didorong oleh kekecewaan disebabkan gangguan psikologi atau sebaliknya”, ujar Afonso kepada Brazil TV Record.

Sementara itu, pihak polis juga sedang menyiasat sekiranya ada orang lain terlibat dalam insiden terbabit, termasuk dengan siapa remaja itu bercakap melalui telefon.

Menurut laporan AFP lagi, remaja berkenaan masih tinggal bersama tiga mayat ahli keluarganya bermula Jumaat hingga awal pagi Isnin.

Dalam tempoh berkenaan, remaja tersebut sempat ke gimnasium dan keluar ke kedai runcit membeli roti. Disebabkan rasa marah yang masih membuak, remaja itu turut mengakui menikam mayat ibunya dengan menggunakan pisau pada Sabtu.

Remaja berkenaan kini di tahan di sebuah pusat juvana dan bersikap dingin ketika diajukan persoalan tentang jenayah yang dilakukannya.

Memandangkan suspek merupakan remaja di bawah umur yang dilingdungi undang-undang khas di Brazil, maka remaja itu tidak boleh dibicarakan sebagai orang dewasa.

Athirah

When nothing goes right, go left.