Siakap Keli

Sesi Penyerahan Fleet Card SKDS 2.0 Kepada Syarikat Pengangkutan Darat Bersama Wakil Syarikat Minyak

Sesi Penyerahan Fleet Card SKDS 2.0 Kepada Syarikat Pengangkutan Darat Bersama Wakil Syarikat Minyak

KLANG UTARA, SELANGOR, 23 MEI 2024 – Kementerian Perdagangan Dalam  Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) hari ini telah mengadakan Sesi Penyerahan  Fleet Card Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) 2.0 kepada beberapa syarikat pengangkutan darat bersama wakil syarikat minyak di Kawasan Rehat  Klang Utara, Lebuhraya Baru Selat Klang Utara, Selangor. 

Sesi Penyerahan Fleet Card SKDS 2.0 kepada 15 syarikat pengangkutan darat  bersama wakil syarikat minyak ini melibatkan pelbagai jenis kenderaan seperti  Lori Rigid – Kargo Am, Lori Rigid Luton/ Kotak, Panel Van, Lori Rigid Refrigerated  dan Penggerak Utama. 

Secara keseluruhan, sehingga 22 Mei 2024, sejumlah 28 ribu syarikat  pengangkutan darat telah mendaftar dan mendapat kelulusan dalam  pelaksanaan SKDS 2.0. Manakala, pengeluaran fleet card oleh lima syarikat  minyak utama kepada syarikat-syarikat pengangkutan yang layak telah  mencecah hampir 90 ribu sejak pengumuman dibuat oleh Kementerian pada 7  Mac 2024 yang lalu. 

fleet card skds 2.0

Pada masa yang sama, KPDN akan terus membuka permohonan kepada  kesemua jenis pengangkutan darat awam dan barangan yang layak membuat  permohonan melalui pautan https://mysubsidi.kpdn.gov.my/. Kriteria-kriteria  permohonan yang perlu dipenuhi oleh syarikat adalah seperti berikut: 

(i) syarikat hendaklah berdaftar perniagaan di Malaysia; 

(ii) kenderaan mempunyai cukai jalan yang sah dan berkuatkuasa; dan (iii) kenderaan yang layak di bawah SKDS 2.0 sahaja.

Syarikat-syarikat yang telah mendapat kelulusan di bawah SKDS juga dinasihati  untuk terus membuat permohonan fleet card melalui syarikat minyak pilihan  secara atas talian di pautan https://mysubsidi.kpdn.gov.my/portal/contact

fleet card skds 2.0

Sebagai makluman, sejak 2013, KPDN telah menerajui pelaksanaan tadbir urus  subsidi diesel dengan kadar harga khas berbeza dengan harga runcit di stesen stesen minyak. Pelaksanaan ini mengguna pakai Sistem Kawalan Diesel  Bersubsidi (SKDS) 1.0 beserta fleet card yang dikeluarkan oleh syarikat-syarikat  minyak melibatkan 10 jenis kenderaan pengangkutan awam seperti berikut: 

SKDS 1.0 : 10 Jenis Kenderaan Pengangkutan Awam 

(i) Bas Sekolah (vi) Kereta Sewa 

(ii) Bas Ekspres (vii) Teksi 

(iii) Bas Henti-Henti (viii) Van/Lori Mayat 

(iv) Bas Pengantara (ix) Ambulans 

(v) Bas Mini (x) Bomba 

Bermula 7 Mac 2024, pelaksanaan sistem ini diperluaskan melalui SKDS 2.0  Fasa 1 meliputi tambahan kepada 9 jenis kenderaan pengangkutan barangan  seperti berikut:  

SKDS 2.0 Fasa 1 : 9 Jenis Kenderaan Pengangkutan Barangan 

(i) Lori Rigid – Kargo Am (vi) Lori Rigid – Refrigerated (ii) Penggerak Utama (vii) Lori Rigid – Tangki Tepung (iii) Lori Rigid – Luton/Kotak (viii) Window Van 

(iv) Lori Rigid – Tangki Air (ix) Panel Van 

(v) Lori Rigid – Minuman Botol 

fleet card skds 2.0

Setelah proses pengintegrasian data bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan proses pendaftaran permohonan SKDS 2.0 Fasa I berjalan dengan  lancar, Kerajaan telah bersetuju untuk memperluaskan pelaksanaan Fasa II  kepada SKDS 2.0. Perluasan SKDS 2.0 Fasa II akan melibatkan tambahan 14  jenis kenderaan barangan lain yang meliputi senarai berikut: 

SKDS 2.0 Fasa 2 : 14 Jenis Kenderaan Pengangkutan Barangan 

(i) Lori Rigid – Curtainsider (viii) Lori Food Catering 

(ii) Lori Rigid – Hasil Pertanian (ix) Lori Tangki Rigid – Minuman

(iii) Lori Rigid – Kandang Haiwan (x) Semi – Panel Van 

(iv) Lori Rigid – Kombinasi (xi) Bas Perkhidmatan Bergerak (v) Lori Rigid – Open Platform (xii) Van Perkhidmatan Bergerak  (vi) Bas Food Catering (xiii) Lori Rigid – Perkhidmatan Bergerak (vii)Van Food Catering (xiv) Lori Rigid – Sampah Pertambahan dalam fasa II ini menjadikan keseluruhan kenderaan barangan  yang layak untuk mendapatkan diesel bersubsidi di bawah SKDS 2.0 adalah  sebanyak 23 jenis kenderaan barangan.

Sebarang pertanyaan untuk maklumat lanjut berkenaan perkara ini boleh diperolehi melalui Pusat Panggilan Sistem  MySubsidi Diesel di talian 03-8882 6769 bermula jam 8.00 pagi sehingga 5.00  petang pada hari bekerja.  

Pihak Kementerian merakamkan penghargaan kepada syarikat-syarat minyak yang terlibat atas komitmen tinggi untuk melancarkan proses pelaksanaan SKDS  termasuk penyediaan fleet card yang mencukupi dalam masa yang singkat.  Perluasan SKDS merupakan pendekatan untuk menangani isu ketirisan subsidi  bahan api diesel melalui mekanisme pemantauan dan penguatkuasaan secara  digital.

Ia melibatkan peralihan mekanisme analog skid tank kepada penggunaan  fleet card dalam memastikan subsidi dapat dimanfaatkan sepenuhnya kepada kumpulan sasar. 

Nurul Naqiyah