Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
BUDI MADANI permohonan
Gambar: BERNAMA
Tiada Kategori

Bantuan 200 Sebulan, Ketahui Cara Memohon Program BUDI MADANI

Iqbal Yasir

Bantuan 200 Sebulan, Ketahui Cara Memohon Program BUDI MADANI

Semalam, Kementerian Kewangan (MOF) mengumumkan pelaksanaan Program Bantuan Subsidi MADANI atau BUDI MADANI iaitu melibatkan pemilik kenderaan diesel persendirian individu, petani kecil dan pekebun kecil komoditi.

Pelaksanaan ini dibuat selepas kenyataan Perutusan Negara oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pada minggu lalu berhubung Jemaah Menteri membuat keputusan untuk melaksanakan penyasaran subsidi bahan api diesel melibatkan pengguna di Semenanjung Malaysia.

Oleh itu, permohonan BUDI MADANI mula dibuka hari ini (28 Mei 2024) dan boleh dimohon oleh pemilik kenderaan diesel persendirian yang layak termasuk petani kecil dan pekebun kecil di bawah dua kategori berbeza.

Dua kategori tersebut iaitu BUDI Individu untuk pemilik kenderaan diesel persendirian manakala BUDI Agri-Komoditi bagi petani kecil serta pekebun kecil.

Berapa isentif yang diberikan?

Di bawah kedua-dua kategori ini, penerima yang layak akan menerima BUDI MADANI sebanyak RM200 sebulan seiring dengan pelaksanaan penyasaran subsidi diesel.

BACA: Vaksin AstraZeneca Tiada Kaitan Dengan Kes Darah Beku, Serangan Jantung – Dr Noor Hisham

Kriteria penerima yang layak

Kriteria kelayakan BUDI Individu;

1. Pemohon merupakan warganegara Malaysia. 2. Memiliki kenderaan diesel persendirian yang berdaftar dengan JPJ selain kenderaan mewah di bawah usia 10 tahun. 3. Kenderaan dimiliki mempunyai cukai jalan yang aktif. 4. Pendapatan tahunan individu atau pasangan RM100,000 dan ke bawah.

Walau bagaimanapun, setiap permohonan yang diterima akan disemak silang dengan data di bawah Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) bagi mengecualikan pemilik kenderaan mewah di bawah usia 10 tahun dan individu berpendapatan tinggi (T20).

Kriteria kelayakan BUDI Agri-Komoditi;

1. Pemohon berdaftar sebagai petani atau pekebun kecil dengan agensi yang berkaitan di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) atau Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK). 2. Pemohon merupakan petani atau pekebun kecil komoditi yang aktif dengan hasil jualan pertanian tahunan antara RM50,000 dan RM300,000.

BACA: Ini Kaedah Yang Lebih Cepat Nak “Check” Keputusan SPM 2023

Dekat mana nak buat permohonan?

Pemohon boleh membuat permohonan secara dalam talian di laman web https://budimadani.gov.my yang akan dibuka sepanjang tahun bermula hari ini.

Bagi permohonan yang dibuat dan diluluskan sebelum 3 Jun 2024, pemohon akan menerima BUDI MADANI pertama mereka menjelang pertengahan Jun 2024, dan bantuan seterusnya akan disalurkan secara bulanan.

Manakala bagi permohonan yang diluluskan selepas 3 Jun 2024 akan menerima BUDI MADANI pertama dalam tempoh dua minggu dan seterusnya secara bulanan.

Bantuan disalurkan ke mana?

Untuk makluman, BUDI MADANI ini akan dikreditkan ke dalam akaun bank penerima setiap bulan.

Bagi penerima tanpa akaun bank, anda tidak perlu bimbang kerana boleh menuntut bantuan ini secara tunai di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) seluruh Semenanjung Malaysia.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai bantuan ini, layari https://budimadani.gov.my.

Sumber: Kementerian Kewangan