Siakap Keli
Maahad Tahfiz Negeri Pahang spm 2023
Gambar: MTNP

Rekod Keputusan Terbaik SPM 2023, Kenali Maahad Tahfiz Negeri Pahang

Rekod Keputusan Terbaik SPM 2023, Kenali Maahad Tahfiz Negeri Pahang

Keputusan Sijil Pendidikan Malaysia (SPM) yang dikeluarkan pada setiap tahun semestinya memainkan peranan penting dalam menentukan kedudukan pelbagai jenis sekolah, tidak kira sama ada sekolah harian, berasrama penuh dan banyak lagi.

Pada tahun ini, berlaku satu kejutan yang mengejutkan orang ramai apabila sebuah sekolah swasta, Maahad Tahfiz Negeri Pahang (MTNP) muncul menjadi yang terbaik antara 20 sekolah dengan gred purata sekolah (GPS) 1.07.

Perkara tersebut sekali gus menjadi bualan hangat warga maya dan mencetuskan pelbagai persoalan mengenai sekolah yang berprestij itu kerana berjaya mengalahkan beberapa sekolah-sekolah terkemuka atau berasrama penuh (SBP) atau MRSM pada tahun 2023.

Pun begitu, untuk mengetahui lebih lanjut mengenai sekolah istimewa tersebut, mari ikuti perkongsian di bawah ini.

Sejarah Maahad Tahfiz Negeri Pahang

Untuk pengetahuam, penubuhan Maahad Tahfiz Negeri Pahang cukup istimewa kerana ia ditubuhkan dengan titah diRaja Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang.

Ketika itu, Tengku Mahkota Pahang menitahkan sebuah institusi seperti Akademi Al-Quran diwujudkan bermatlamatkan melahirkan para hafiz dan juga qari atau qariah yang berwibawa memandangkan Pahang tidak mendapat tempat yang baik di peringkat kebangsaan mahupun di peringkat antarabangsa dalam Majlis Tilawah Al-Quran.

BACA: Ini Kaedah Yang Lebih Cepat Nak “Check” Keputusan SPM 2023

Bermula Di Masjid

Rentetan itu, pada tahun 1996 terbentuknya suatu kerjasama dengan pihak Darul Quran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bagi melaksanakan program Diploma Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat (MTQP) di Masjid Negeri Sultan Ahmad Shah 1, Kuantan.

Kesemua pelajar tersebut mendapat tajaan biasiswa daripada Yayasan Pahang.

Maahad Tahfiz Negeri Pahang
Gambar: MTNP

Menteri Besar Pahang selaku Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pahang ketika itu telah mencapai kata sepakat dengan Yayasan Pahang untuk membina dan menubuhkan Maahad Tahfiz Negeri Pahang dengan kampus yang lengkap.

Tambahan, sokongan penuh dan keprihatinan Tengku Mahkota Pahang yang sentiasa mengambil berat mengenai perkembangan Al-Quran di negeri Pahang menjadi pemangkin ke arah penubuhan institusi tersebut.

Hasilnya, pada 9 April 2002 Mesyuarat Jawatankuasa Hal Ehwal Ugama Islam Negeri Pahang telah bersidang.

Dalam mesyuarat tersebut, Yayasan Pahang telah diminta untuk mengkaji program tahfiz yang pada awalnya dianjurkan di Masjid Negeri oleh Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP).

17 September 2002, Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pahang telah bersetuju untuk memperluaskan lagi program tersebut dengan pembinaan kampus tetap di atas tanah Yayasan Pahang seluas 8.7 ekar di Tanjung Lumpur, Kuantan.

Pembinaan kampus itu telah menelan kos sebanyak RM10.73 juta, dengan kerja-kerja pembinaan kampus telah bermula pada 6 September 2004.  Ia siap sepenuhnya pada 13 November 2005.

Gambar: MTNP

Kemudian pada, 5 April 2006, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMK) telah berlangsung dan meluluskan perpindahan MTNP dari empat buah teres yang disewa di Jalan Bukit Ubi, Kuantan ke kampus tetap di Tanjung Lumpur bermula pada 1 Julai 2006.

Bermula sejak itu, MTNP berada di bawah seliaan penuh Yayasan Pahang sebagai institusi swasta.

Beberapa bulan selepas itu, ia berpindah ke kampus tetap di Tanjung Lumpur, Kuantan, Pahang Darul Makmur pada 1 Julai 2006.

Kompleks baharu itu mengandungi 3 fasa pembangunan keseluruhan yang bernilai RM30.7 juta.

BACA JUGA: Hukum “Troll” Menggunakan Ayat Al-Quran, Ini Penjelasan Mufti

Program Akademik 

MTNP menawarkan tiga program akademik iaitu, Tahfiz Professional, Diploma Tahfiz dan Program Syahadah.

Tahfiz Professional (Peringkat Menengah)

Tahfiz Profesional ialah program yang dianjurkan oleh MTNP bermula pada tahun 2007 dengan pengambilan pelajar dari serata negeri Pahang dengan syarat kelayakan asas yang telah ditetapkan di dalam Pentaksiran Bilik Darjah (PBD).

Pelajar-pelajar tersebut  mendapat pembiayaan penuh biasiswa Yayasan Pahang bagi meneruskan peluang pendidikan peringkat menengah di sini.

Selain mendapatkan pengajian akademik Kementerian Pendidikan Malaysia sebagaimana sekolah harian biasa, para pelajar juga akan mengikuti kurikulum hafazan Al-Quran 30 Juzuk.

Mereka turut didedahkan dengan kemahiran berbahasa Arab dan Inggeris di samping ilmu asas yang lain.

Pengajian selama lima tahun ini termasuk peperiksaan awam Kementerian iaitu Sijil Pelajaran Malaysia.

Diploma Tahfiz Al-Quran

Program Diploma Tahfiz Al-Quran dan Al-Qiraat merupakan satu program diploma yang dikeluarkan JAKIM.

Maahad Tahfiz Negeri Pahang merupakan lokasi tambahan bagi menjalankan program ini dengan para pelajar akan mengikuti pengajian di MTNP selama enam semester (3 tahun).

Diploma yang dijalankan oleh JAKIM ini telah mendapat pengiktirafan MQA (Malaysian Qualification Agency).

Program Syahadah 

Bagi program syahadah pula, ia merupakan kesinambungan kepada program-program yang telah dijalankan di MTNP dalam menambahbaik kualiti para pelajar yang dihasilkan.

Program ini amat membantu para pelajar menguasai Al-Quran dan setiap calon akan menjalani ujian bacaan di bawah kawalan guru yang bertauliah dan berpengalaman.

Difahamkan, kelas akan dibahagikan kepada tiga kategori iaitu pra Syahadah 10 Juzuk, Pra Syahadah 20 Juzuk dan Syahadah 30 Juzuk.

Kemudahan Ekuestrian & Padang Golf

Maahad Tahfiz Negeri Pahang
Gambar: MTNP

Menerusi laporan Bernama, sukan golf telah diperkenalkan kepada para pelajar sejak 2018 di MTNP, kata Ketua Pegawai Eksekutif MTNP, Datuk Dr Zulkifle Ali.

Difahamkan, sukan golf merupakan sukan kedua berimpak tinggi disediakan di MTNP selepas ekuestrian yang mana institusi pendidikan itu berjaya melahirkan atlet bertaraf antarabangsa.

BACA JUGA: Ini Fakta Menarik Kereta Api Laju ‘Whoosh’ Indonesia, Mampu Capai Kelajuan Hingga 350 Km/j

Di samping itu, MTNP turut menyedia kemudahan seperti tasik, kolam renang, masjid dan dewan serta banyak lagi.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai MTNP, boleh layari laman web rasmi MTNP atau klik di sini.

@mtnp.official

wait for it…✨ #mtnp #boardingschoolcheck #hostellife #facilities #kuantan #pahang #fyp

♬ Fairytale – Alexander Rybak

Sumber: Maahad Tahfiz Negeri Pahang

BACA: “Dia Tundukkan Muka Dan Senyum..” Ina Naim Akui Pernah Mimpi Arwah Suami Lebih Tiga Kali

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"