Siakap Keli
254 bateri solar musnah
Sumber: Sinar Harian

Stesen Bekalan Elektrik Terbakar, 254 Bateri Solar Musnah

Stesen Bekalan Elektrik Terbakar, 254 Bateri Solar Musnah

Sebanyak 254 bateri solar musnah setelah stesen bekalan elektrik sistem solar hibrid terbakar ‘dijilat’ api dalam suatu kejadian di Kampung Mumiang, Sandakan, Sabah pada Khamis.

Insiden yang terjadi sekitar pukul 7 pagi itu mengakibatkan seluruh penduduk kampung terputus bekalan elektrik.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan, Severinus Sainkui melaporkan bahawa pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kebakaran tersebut pada jam 10.02 pagi.

“Seramai dua anggota bomba dikejar ke lokasi kejadian dengan menaiki bot penduduk kampung dan mengambil masa lebih satu jam untuk ke lokasi.

“Sebaik tiba di lokasi, kebakaran telah dipadamkan oleh penduduk kampung dan hasil pemeriksaan mendapati kebakaran hanya melibatkan 10 peratus bahagian bangunan stesen tersebut,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Khamis.

Jelas Severinus, kebakaran itu memusnahkan bateri solar di dalam bangunan stesen terbabit, tetapi tiada kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini.

“Sebanyak 254 biji bateri solar terbakar dalam kejadian ini. Hasil pemeriksaan lanjut tiada mangsa dilaporkan terlibat dan operasi kemudian ditamatkan pada jam 1.35 petang,” katanya.

BACA: Kuala Lumpur Dipilih Bandar Ke-7 ‘Port’ Makan Terbaik Dunia

Sumber: Sinar Harian

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.