Siakap Keli
BoBoiBoy WINDARA satu juta tontonan
Kredit: BoBoiBoy via Facebook

Episod 1 BoBoiBoy Galaxy WINDARA Raih Satu Juta Tontonan Hanya Dalam 98 Minit

Episod 1 BoBoiBoy Galaxy WINDARA Raih Satu Juta Tontonan Hanya Dalam 98 Minit

Karya animasi keluaran Malaysia sememangnya sangat terkenal dan diterima baik, sama ada dalam pasaran tempatan mahupun diluar negara.

Antara yang menjadi kegemaran ramai anak kecil dan turut mencuri hati peminat dewasa adalah animasi superhero, BoBoiBoy.

Selepas kejayaan siri animasi BoBoiBoy Galaxy SORI meraih 3.5 juta tontonan dalam masa 24 jam tahun lalu, kini Animonsta Studios (MONSTA) melancarkan musim baharu iaitu BoBoiBoy Galaxy WINDARA.

Menurut Bernama, MONSTA memaklumkan BoBoiBoy Galaxy WINDARA menampilkan set watak, dunia dan kuasa yang menarik.

Malah, mereka turut memperkenalkan barisan pelakon suara baharu untuk watak mereka yang pelbagai serta bertutur dalam dialek Borneo dan Indonesia.

Difahamkan BoBoiBoy Galaxy WINDARA meneruskan jalan cerita BoBoiBoy Galaxy SORI yang terakhir.

Plot cerita berikutnya mengisahkan BoBoiBoy yang berdepan dilema untuk mengembalikan kuasa Elemen Anginnya kepada pemilik sahnya, Kuputeri.

Kuputeri adalah penguasa Planet Windara yang sedang berusaha menyelamatkan rakyatnya daripada penakluk yang zalim.

Rekod baharu, BoBoiBoy Galaksi WINDARA raih satu juta tontonan dalam masa yang singkat

Apa yang menggembirakan, peminat sudah boleh menonton BoBoiBoy Galaxy WINDARA bermula hari ini. Episod pertama musim baharu ini ditayang di Youtube MONSTA di Youtube bersama-sama platform lain.

Anataranya NETFLIX Asia Tenggara, TV9 Malaysia, Astro Ceria Malaysia, RTV Indonesia, dan Suria & Saluran 5 di Singapura.

Menerusi hantaran di Facebook rasmi BoBoiBoy, episod pertama siri animasi BoBoiboy Galaxy WINDARA berjaya memecahkan rekod terdahulu yang dicatatkan oleh BoBoiboy Galaxy SORI.

Amat dinanti-nantikan oleh para peminat

Untuk pengetahuan pembaca, episod pertama musim baharu itu berjaya meraih satu juta tontonan di MONSTA Network dalam 98 minit sahaja.

Semestinya, ini menjadi bukti bahawa BoBoiboy Galaxy WINDARA adalah animasi yang amat dinanti-nantikan oleh para peminatnya.

Dalam pada itu, tinjauan di Youtube MONSTA mendapati episod pertama itu sudah pun mendapat lebih 2.5 juta tontonan setakat ini.

BACA: Pernah Hiburkan Seluruh Dunia, Lutong ‘Pencuri Roti’ Sudah Tiada

BACA: Tiga Maut, Toyota Alphard Dinaiki Hilang Kawalan & Terbabas Dalam Parit

BACA: Pelajar Malaysia Pertama Terima “Master” Hadis Kuliah Ulum Islamiah Universiti Al-Azhar

Sumber: BoBoiBoy via Facebook

Athirah

When nothing goes right, go left.