Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Gaji Sejam RM81, IKEA UK Tawar Kerja Kosong Jaga Stor Maya Dalam “Game” Roblox
Syarikat perabot terkemuka dunia, IKEA UK dilapor sedang mencari pekerja untuk menjaga stor maya miliknya dalam permainan Roblox.
“Kami berbangga menjadi jenama pertama yang menawarkan pekerjaan di dalam Roblox dan menunjukkan kepelbagaian karier yang kami tawarkan.
“Di IKEA, tiada laluan tetap untuk anda mengembangkan karier. Pekerja-pekerja kami bebas bertukar peranan, berpindah jabatan dan maju mengikut pilihan masing-masing. Sama ada dalam dunia dunia sebenar atau dalam dunia maya,” kata wakil IKEA UK dan Ireland.
Menurut CBS News, IKEA UK turut menawarkan gaji lumayan yang selari dengan gaji semasa iaitu sebanyak £13.15 (RM81) sejam.
IKEA UK tawar kerja kosong jaga stor maya dalam permainan Roblox, bayar gaji lumayan sejam RM81
Difahamkan, stor maya berkenaan yang dikenali sebagai Co-Worker Game akan dilancarkan pada 24 Jun ini. Stor maya berkenaan akan membenarkan pemain Roblox merasai pengalaman ‘bekerja dalam alam maya IKEA UK’.
Pekerja-pekerja yang diterima bekerja bertanggungjawab untuk melayan pelanggan IKEA UK. Malah, mereka juga akan menikmati manfaat kenaikan pangkat dan boleh berkhidmat di beberapa jabatan berbeza. Antaranya bertugas di bahagian kafe seperti menyediakan meatball.
Bagaimanapun, IKEA UK menetapkan pemohon mestilah menetap di London dan perlu berusia di atas 18 tahun sebagai syarat permohonan.
Dalam pada itu, permohonan berkenaan dikatakan akan ditutup pada 16 Jun ini dan temuduga secara maya akan diadakan bermula 14 hingga 18 Jun.
Sebanyak 10 kekosongan ditawarkan dimana mereka yang diterima bekerja akan berkhidmat di pelbagai jabatan antaranya di kawasan bilik pameran, bistro, membantu pelanggan memilih perabot dan sebagainya.
Selain itu, kontrak yang ditawarkan juga untuk tempoh terhad, namun pekerja akan dapat merasai pengalaman bekerja mirip seperti bertugas dalam store sebenar IKEA.
BACA: Ramai Tak Sedar, Penapis Air ‘Makan’ Elektrik Kuat Macam Peti Ais & “Aircond”
BACA: Teruja Dengar Suara Ayah, Reaksi Kanak-Kanak Guna Telefon Awam Undang Nostalgia Lama