Tular Video Hoverkraf Mendarat Di Pantai Terengganu, Tarik Perhatian Orang Ramai
Baru-baru ini, tular satu video memaparkan Landing Craft Air Cushion (LCAC) atau lebih dikenali sebagai hoverkraf milik tentera Amerika Syarikat dipercayai sedang menjalani latihan ketenteraan bersama Tentera Darat Malaysia di Pantai Terengganu.
Dalam klip yang dikongsikan oleh pemilik akaun TikTok @ismailafandi91, ia menunjukkan pengangkutan itu bergerak dari arah lautan sebelum berhenti di daratan pasir.
Difahamkan, latihan berkenaan dilakukan di Pantai Teluk Ketapang.
Video berdurasi 58 saat itu juga memaparkan orang ramai tidak melepaskan peluang melihat dan merakam momen-momen pengangkutan milik ketentaraan tersebut semasa sesi latihan berlangsung.
Susulan mahu melihat dengan lebih jelas, segelintir penduduk dilihat berdiri di kaki pantai untuk melihat pengangkutan tersebut bergerak.
BACA: Pastikan Eja Dengan Betul, Ini Panduan Isi Nama Tempah Tiket Penerbangan
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna kagum melihat pengangkutan yang jarang dilihat itu.
Berikut antara komen yang dilontarkan oleh pengguna.
“Fuyo, lama tak tengok hoverkraf ni,” komen salah seorang pengguna.
“GTA San Andreas,” seloroh warganet lain.
“Seronoknya dapat tengok depan mata,” komen seorang pengguna lain.
“Bukan senang nak tengok depan mata,” komen seorang lagi.
“Berapa kalelajuan agaknya ya masa dia speed nak naik ke pantai tu. Bunyi macam laju speed dia,” seloroh seorang pengguna lain.
BACA JUGA: Ibu Bapa Zayn Rayyan Lantik Fahmi Abd Moin Sebagai Peguam Baharu
Untuk maklumat, video ini telah mendapat lebih 100,000 tontonan dengan lebih 3,000 tanda “suka” dan pelbagai komen pengguna kurang daripada 24 jam.
Sedikit info, Hoverkraf merupakan sebuah pengangkutan yang boleh menggunakan kuasa udara untuk bergerak di atas air.
Ia juga merupakan satu pengangkutan yang meluncur di atas permukaan air dengan bantuan kusyen udara.
@ismailafandi91 Hovercraft in Terengganu
Sumber: TikTok @ismailafandi91