Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lelaki Maut Ketika Cuba Bantu Mangsa Kemalangan
Niat murni seorang pemuda yang mahu memberikan bantuan kepada mangsa kemalangan bertukar tragedi apabila dia maut dilanggar kenderaan lain.
Menurut laporan Sinar Harian, kejadian berkenaan berlaku di Kilometer 18.8 Jalan Sungai Rengit-Kota Tinggi.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Hussin Zamora berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kemalangan itu kira-kira jam 5.20, petang Khamis.
Tambahnya, sebelum kejadian, kenderaan jenis Perodua Axia yang dipandu lelaki tempatan berusia 33 tahun dipercayai terbabas sendiri ketika dalam perjalanan dari arah Sungai Rengit ke Kota Tinggi.
“Apabila melihat kemalangan itu, seorang lelaki tempatan yang memandu Toyota Hilux dari arah bertentangan memberhentikan kenderaan dan membantu mangsa.
“Ketika mangsa berusia 35 tahun itu sedang membantu tiba-tiba datang Mitsubishi Triton dipandu lelaki tempatan berumur 27 tahun bersama dua penumpang berumur 26 dan 27 tahun dari arah Sungai Rengit melanggar mangsa yang berada berhampiran dengan Perodua Axia itu,” katanya seperti yang dilaporkan dalam Sinar Harian.
Punca kemalangan masih dalam siasatan polis
Menurut Husin, pemandu Toyota Hilux mengalami kecederaan di bahagian dalaman badan dan meninggal dunia di lokasi kejadian.
“Mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik, Hospital Kota Tinggi, manakala pemandu serta penumpang Mitsubishi Triton turut mengalami kecederaan di bahagian anggota badan dan menerima rawatan di hospital sama.
“Sementara pemandu Perodua Axia hanya mengalami cedera ringan dan dirawat di hospital swasta di Pasir Gudang,” ujarnya.
Katanya lagi, punca kemalangan masih dalam siasatan polis, manakala kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
BACA: Skandal Penipuan Ujian Pensijilan, Toyota & Mazda Gantung Pengeluaran Lima Model Di Jepun
Sumber: Sinar Harian