Terkini

Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Toyota Mazda gantung pengeluaran
Gambar: AFP

Skandal Penipuan Ujian Pensijilan, Toyota & Mazda Gantung Pengeluaran Lima Model Di Jepun

Athirah

Skandal Penipuan Ujian Pensijilan, Toyota & Mazda Gantung Pengeluaran Lima Model Di Jepun

Dua gergasi syarikat pengeluar kenderaan Jepun, Toyota dan Mazda mengumumkan keputusan untuk menggantung sementara pengeluaran lima model kenderaan secara keseluruhan di negara itu.

Pengumuman berkenaan dibuat selepas dua jenama tersebut bersama tiga lagi jenama tempatan yang lain terpalit dengan skandal penipuan ujian pensijilan kebangsaan, lapor Xinhua.

Susulan arahan Kementerian Pengangkutan Jepun untuk menghentikan penghantaran model yang terjejas, Toyota akan menggantung sementara pengeluaran tiga model termasuk Yaris Cross.

Penggantungan semua model berkenaan yang dikilangkan di fasiliti pengilangan Toyota di wilayah Miyagi dan Iwate dijangka berlangsung sehingga 28 Jun ini.

Toyota & Mazda henti pengeluaran lima model

Sementara itu, Mazda pula turut menghentikan pengeluaran dua model termasuk MAZDA2 di kilangnya di wilayah Hiroshima dan Yamaguchi.

Bagaimanapun, tiada jangkaan yang dibuat berkenaan tempoh penggantungan yang akan dilaksanakan oleh Mazda.

Sebelum ini, Kementerian Tanah, Infrastruktur, Pengangkutan dan Pelancongan mendedahkan bahawa Toyota, Honda, Mazda, Yamaha dan Suzuki terlibat dalam amalan penipuan haram.

Kegiatan itu dikatakan berlaku semasa semua jenama-jenama berkenaan melakukan permohonan pensijilan pengeluaran besar-besaran mereka.

Penggantungan ini turut menjejaskan pembekal yang lain

Sementara itu, penggantungan itu juga dijangka akan memberi kesan gabungan besar terhadap rantaian bekalan kedua-dua jenama berkenaan.

Malah gangguan ini juga menimbulkan kebimbangan terhadap ekonomi serantau, terutamanya dalam kalangan syarikat kecil dan sederhana yang menjadi sebahagian daripada rantaian penting bekalan, lapor Xinhua lagi.

Difahamkan, penggantungan pengeluaran ini dianggarkan akan menjejaskan lebih 1,000 pembekal untuk Toyota dan kira-kira 300 untuk Mazda.

Kedua-dua syarikat ini tidak memberi sebarang kenyataan lagi

Ketua Setiausaha Kabinet, Yoshimasa Hayashi berkata, Kementerian Pengangkutan akan mempercepatkan ujian pengesahan pematuhan untuk meminimumkan kesan ekonomi daripada penghantaran yang terhenti.

Bagaimanapun, baik Toyota mahupun Mazda tidak menyatakan secara jelas bila pengeluaran model-model yang terjejas akan disambung semula.

BACA: Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027: Malaysia Terikat 1-1 Dengan Kyrgyzstan

BACA: “Saya Dianiaya, Ini Semua Fitnah”, Jeritan Bapa Zayn Rayyan Di Mahkamah

BACA: “Pantai Bersih, Pasir Halus,” Lelaki Kongsi Keindahan “Hidden Gems” Di Pulau Pangkor

Sumber: Xinhua