Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Jojo Bertekad Bangkit Semula, Ucap Terima Kasih Atas Sokongan Ramai

Azizah Najib
jojo bertekad bangkit semula
Atlet Muay Thai negara, Johan Ghazali selepas perlawanan di Thailand. Kredit: Instagram Johan Ghazali

Jojo Bertekad Bangkit Semula, Ucap Terima Kasih Atas Sokongan Ramai

Jaguh Muay Thai negara, Muhammad Johan Ghazali Zulfikar berkata beliau akan bangkit semula dari kekalahan yang dihadapinya pada hari ini.

Johan atau lebih dikenali sebagai Jojo meluahkan perkara tersebut menerusi akaun Instagram miliknya.

Kekalahan bukan penghalang bagi Jojo

“Jangan menilai saya ketika meraih kemenangan, nilailah bagaimana saya boleh bangkit dari kekalahan. Mama sangat memahami. Terima kasih untuk segala sokongan, ini hanyalah satu ‘halangan kecil’ dan saya akan bangkit semula. Terima kasih semua,” katanya.

Atlet yang berusia 18 itu juga terharu dengan sokongan padu yang dipamerkan oleh ibunya yang memberikan kata-kata semangat kepadanya.

BACA: Kena Tahu Beza Sunat & Wajib, Peserta Korban Tak Boleh Ambil Daging Dalam Keadaan Ini

Dalam perlawanan pada hari ini, Jojo tewas kepada Nguyen Tran Duy Nhat, juara lima kali WMF Muay Thai dalam pertarungan ONE Championship di Bangkok, Thailand menerusi keputusan pengadil.

Anak kepada bekas Komander Pasukan Polis Marin Wilayah Lima Sarawak itu sebelum ini memegang rekod kemenangan 5-0 dalam siri pertarungan One Fight.

Imbas kembali, Jojo pernah menumbangkan pihak lawan dalam masa 16 saat sahaja dengan pukulan ‘knockout’ dalam perlawanan yang sama pada tahun 2023.

Jojo mendapat sokongan yang mantap dari rakyat Malaysia. Walaupun tewas dalam perlawanan pada hari ini, semangat dan ketangkasannya menghadapi pihak lawan mendapat pujian.

Rata-rata netizen juga memberikan kata semangat kepadanya kerana di usia yang masih muda ini, beliau masih mempunyai masa depan yang cerah.

Malah, ramai yang mengimpikan untuk melihat Jojo menumbangkan Rodtang suatu hari ini.

BACA: Hanya 16 Saat, Jojo Tumbangkan Lawan Dengan Pukulan K.O Di One Championship

Dalam pada itu, menerusi satu temubual, Nguyen berkata Jojo mempunyai potensi besar untuk bergelar juara dunia ONE pada masa akan datang.

“Jojo masih muda dan kuat, dia memiliki strategi yang mantap dan pastinya akan menjadi juara dunia ONE Championship,” katanya.

Sumber: Instagram Johan Ghazali

BACA JUGA: Sidang Kemuncak Denggi Asia Ke-7 Berlangsung Di Kuala Lumpur